Afiq Muiz Anak Derhaka! -Ibu

Pada: Selasa, 14 Mei 2013
Ahad lalu, 12 Mei adalah hari ibu, tapi kita dikejutkan dengan satu berita sedih dari seorang ibu kepada seorang pelakon, Afiq Muiz. Hasliza Mohd yang mengaku sebagai ibu kandung Afiq, mengakui yang Afiq yang sudah bergelar pelakon berjaya adalah seorang anak derhaka.
"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka,"

"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.

"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu,"
Afiq juga sudah tidak lagi tinggal bersama ibunya tetapi memilih untuk hidup berdikari bersama rakan-rakannya yang lain.

Hasliza berkata, Afiq yang sebelum ini seorang anak yang baik dan mendengar kata telah berubah menjadi panas baran dan bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada adik-adiknya.
"Saya tidak tahu adakah tindakan membuat kenyataan ini kepada media akan memulihkan kami sekeluarga atau menjauhkan lagi hubungan saya dan Afiq.

"Tetapi rasanya inilah saja cara untuk dia (Afiq) membuka mata dan hati bahawa apa yang dilakukannya sekarang adalah salah.

"Dia telah menderhaka terhadap ibunya dan bersikap baran terhadap adik-adiknya sedangkan sebelum ini Afiq cukup penyayang orangnya.

"Tetapi sejak dia mempunyai kekasih kelakuannya tidak lagi seperti dulu," katanya. baca lagi..

Tag : , , , ,