Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Miera Liyana akui rapat dengan anak menteri, tapi siapa?

Jumaat, 6 Mei 2016

Jarang muncul dengan drama terbaru, pelakon Miera Liyana kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama seorang anak menteri.

Namun, pemilik nama Miera Leyana Kasmi itu menegaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan biasa dan beliau tidak pernah terfikir lagi untuk lebih serius dengannya

“Di usia 22 tahun ini, banyak perkara lagi saya perlu belajar. Soal cinta walaupun klise, saya lebih selesa berkawan dahulu tanpa ada sebarang ikatan,” ujarnya lapor Sinar Online

Mula mengenali lelaki berkenaan selepas terlibat dalam sebuah drama terbitan syarikat produksi milik anak menteri itu, Miera sehingga kini tidak menamakan identiti individu tersebut.

Baginya, beliau lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pelakon terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dengan lebih serius.

Sebelum ini, Miera pernah putus cinta selepas menjalinkan hubungan bersama beberapa selebriti antaranya, Shahz Jaszle dan Afiq Muiz.

Serius! Afiq Muiz mengaku mencintai Miera Leyana

Selasa, 2 Februari 2016

Pelakon Afiq Muiz memberitahu pengakuannya terhadap status hubungan cinta dengan aktres Miera Leyana adalah kerana tidak mahu dituduh penipu merahsiakan hubungan tersebut.

Afiq atau nama sebenar, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 24, berkata, dia mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya yang ditayangkan di Astro tahun lalu.

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.

"Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu,

"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.

"Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan," ujarnya kepada mStar Online..

Miera Leyana didukung oleh Afiq Muiz?

Selasa, 22 September 2015

Wah panas!, Miera Leyana dikatakan telah didukung oleh Afiq Muiz di KLIA baru-baru ini yang disaksikan oleh orang ramai.

Namun Miera menafikan itu adalah dia, dan orang yang didukung oleh Afiq adalah adiknya sendiri, Aisha yang secara tiba-tiba sesak nafas.

Afiq Muiz kini bahagia dengan ibunya..

Rabu, 12 November 2014

Kemelut Ibu dan anak yang berlaku diantara Afiq Muiz dengan Hasliza Mohd beberapa bulan akhirnya kini menjadi satu hubungan yang begitu tidak ternilai. Gambar diatas cukup menceritakan hubungan sebenar mereka yang terkini.

Afiq enggan bergelar tanggang moden sebaliknya berani mengakui kesilapannya demi ibunya tercinta. Buat masa kini mereka cukup bahagia dengan apa yang telah di berlaku ke atas diri mereka sebelum ini.
“Semua orang melakukan kesilapan. Saya juga tidak dapat lari daripada membuat silap. Saya anggap kemelut saya dan Umi sebagai suatu ujian oleh Tuhan.

“Saya akui masa itu saya tidak berfikir apa dan masih muda, namun syukur ke hadrat Ilahi perkara ini tidak berpanjangan dan saya kini kembali kepada keluarga, saya sedang bahagia,”

“Saya ambil masa untuk kembali tenang dalam berdepan dengan pelbagai kata-kata kurang manis tentang saya. Namun itu semua saya tak jadikan kudis yang berbekas dalam hati.

“Saya pernah berasa susah. Orang mencaci saya walhal mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang saya dapat adalah komen negatif yang tiada kaitan dengan diri saya,” -Afiq petikan Utusan

Eina Azman selamat bergelar isteri Datuk Paduka, Pernikahan mewah! (14 gambar)

Ahad, 31 Ogos 2014

Dengan dua kali lafaz, pelakon Eina Azman (bekas kekasih Afiq Muiz), 19, sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada 9.30 malam 31 Ogos 2014.

Pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran berjumlah RM77,000 dan mas kahwin, RM770 dan hadiah kereta mewah berupa Chevrolet BumbleeBee berwarna kuning

Eina menyerahkan dulang hantaran sebanyak sembilan dan dibalas tujuh untuk suaminya. -Bharian | MediaJiburan

Eina Azman (ex Afiq) bakal kahwini Sikh (gambar)

Rabu, 6 Ogos 2014

Untuk makluman anda semua, Eina Azman (bekas kekasih Afiq Muiz) bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka berketurunan Sikh pada bulan Disember tahun ini.

Jejaka itu adalah Datuk Paduka Gurmet Singh yang berusia 35 tahun, 14 tahun lebih tua dari Eina.
“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami,”
Pasal agama pula, Datuk Paduka Gurmet Singh kini di dalam proses mengenali agama Islam sedikit demi sedikit dengan bantuan ibu Eina. -sumber mynewshub.my

Eina Azman guna khidmat bomoh?

Jumaat, 6 Jun 2014

Belum ada petunjuk untuk melihat kejernihan hubungan dengan bekas kekasihnya, Afiq Muiz, kini Eina Azman dikatakan timbul lagi gosip yang didakwa menggunakan khidmat bomoh untuk dikenakan kepada bekas teman wanita kekasihnya, Dato' Paduka Gurmeet Singh atau lebih dikenali sebagai Dato' GMix.

Menurut laporan GUA, ada 'orang' mengirimkan sepucuk email untuk memberitahu yang Eina mengugut untuk menggunakan khidmat bomoh sebagai satu ancaman untuk tidak menganggu hubungan Eina dengan Datp' GMix.

Eina yang dihubungi enggan respon hal ini sebaliknya terus bertanyakan kepada Dato' GMix.
“Perkara ini timbul kerana ada pihak yang cemburu serta tidak senang melihat hubungan kami berdua. Saya kenal Eina, jadi saya percaya dia bukanlah seperti yang dituduh. Saya harap individu terbabit berhentilah mereka-reka cerita palsu.

Eina tidak pernah mencari sesiapa dari kehidupan lalu saya kerana kami masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Jadi bagaimana boleh timbul yang dia sering menganggu serta mengugut untuk membomohkan pihak terbabit jika dia sendiri tidak pernah berjumpa mereka?,”

“Jika saya mengetahui siapakah yang menghantar emel itu maka saya akan mengambil tindakan undang-undang mereka yang bertanggungjawab. Ini kerana saya tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang mempunyai niat untuk memburukkan nama saya,” ujar GMix

Komen Eina mengenai penampar Afiq,Ibunya

Selasa, 3 Jun 2014

Semalam ada menyebutkan mengenai hasrat Afiq Muiz dan ibunya, Hasliza Mohd ingin melempang aka menampar Eina Azman. Semalam, memetik portal mStar, Eina telah memberikan komennya mengenai hal itu.

Sebelum itu, Hasliza menerusi laman Twitter miliknya menyifatkan laporan yang mendakwa dia dan Afiq mahu menampar muka Eina Azman jika berjumpa wanita itu sebagai satu fitnah.
"Sejujurnya saya tidak membaca laporan berkenaan tetapi mengetahui tentang perkara itu daripada orang lain dan saya tidak mahu mengulas mengenainya kerana saya enggan terlibat dalam sebarang kontroversi lagi,"

"Saya cuma terfikir sekiranya perkara itu tidak wujud, masakan orang boleh bercerita mengenainya tetapi saya malas hendak layan perkara remeh seperti itu kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," jelasnya.

"Memang kami tiada apa-apa masalah tetapi saya kini sudah mempunyai teman lelaki dan sudah tentu jika saya masih akrab dengannya kekasih akan salah faham.

"Saya perlu menjaga perasaan teman lelaki dan sebab itu saya sudah lama tidak bertemu dengannya dan bukannya kerana kami bergaduh," -Eina

Afiq Muiz nak lempang Eina

Isnin, 2 Jun 2014

Memetik laporan HarianMetro, pelakon Afiq Muiz yang kini sudah berbaik dengan ibunya, Hasliza Mohd. Namun yang terbaru mengenai cerita Afiq ni adalah, Afiq dan ibunya memang dah berbulu dengan Eina Azman.

Tambahan lagi, jika Afiq dan ibunya itu ternampak Eina, mereka mahu lempang Eina. Tidak dipastikan apa sebab utama Eina bakal dilempang sekiranya berjumpa dengan Afiq, walhal Eina adalah orang yang rapat di sisi Afiq ketika sesi media tempoh hari.

Lain pula ceritanya, apabila Afiq dikatakan tidak mahu menghadiri sesebuah event jika Eina pun turu hadir bersama.

Mungkin Eina punca semua ini sampai Afiq membencinya setengah mati? kita tunggu kenyataan Eina.

Afiq akui kesilapan, bawa ibu pergi umrah!

Isnin, 21 April 2014

Difahamkan hubungan diantara pelakon Afiq Muiz dengan ibunya, Hasliza yang berlaku kontroversi beberapa bulan lalu dimana Afiq di klaim sebagai anak derhaka kini semakin jernih dan baik.

Afiq akui dirinya yang bersalah dan memohon maaf keatas ibunya, memetik portal mStar. Dan berita baik lainnya dia kini menetap dengan ibunya sejak bulan Januari yang lalu.

Afiq mahu membalas jasa baik ibunya dengan bersama-sama menunaikan umrah pada Januari 2014 dan pada Hari Ibu Mei ini pula, dia akan meraihkan bersama-sama ibunya juga.
"Saya mengaku semua kesalahan saya sebelum ini terhadap ibu dan syukurlah hubungan kami kembali pulih. Saya telah memohon ampun kepadanya dan ibu memaafkan saya. Ibu menerima saya kembali.

"Alhamdulillah segala-galanya telah pun selesai dan saya berjanji tidak akan mengulangi semua kesilapan yang dilakukan sebelum ini,"

"Ibu adalah girlfriend saya sekarang dan saya akan cuba membahagiakan dia. Saya juga ingin melupakan semua kisah lalu yang pernah berlaku diantara kami," -Afiq

Afiq Muiz 'Larikan' RM30,000?

Selasa, 24 September 2013

Kecoh apabila Afiq Muiz yang menjadi satu kontroversi satu masa dahulu mengenai isu ibunya kini datang lagi isu yang melanda dirinya iaitu melarikan diri setelah menerima wang pendahuluan produksi RM30,000 dari Global Station Sdn. Bhd.
"Semua dakwaan itu tidak benar. Maaf saya sibuk, saya tidak mahu komen apa-apa," -Afiq
Mengikut cerita dari Utusan itu lagi, Afiq sebenarnya memang menerima wang itu dengan mengikat kontrak dengan Global. Tetapi Afiq direhatkan dari Global kerana isu dia dengan ibunya dahulu.

Setelah redah dan aman isu itu, pengurus Global menghubungi Afiq untuk berlakon semula namun Afiq dikatakan gagal untuk menyambut sebarang telefon dan membalas SMS daripada pihak Global.

Afiq: Hubungan Kami Ok Sahaja..

Rabu, 3 Julai 2013

Menurut laman Berita Harian semalam, hubungan Afiq Muiz dan ibunya Hasliza dikhabarkan sudah kembali baik, namun tidaklah sebaik maksima, hanya ditahap sederhana. Almaklumlah bulan Ramadan dah nak dekat. Tambahan lagi, Afiq yang dihubungi hanya tidak mahu mengomen lebih lanjut dan sekadar mengatakan 'ok' mengenai hubunga dengan ibu kandungnya.

Afiq enggan berkongsi apa-apa juga kisah pribadinya lagi kepada media/wartawan dan kemungkinan sudah 'insaf' dari memberitahu media untuk kali terakhir dan kini hanya fokus kepada kerjayanya yang masih diterima oleh segelintir produser.
"Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi lebih baik saya tidak memberikan komen panjang lebar"

"Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun dengan apa yang berlaku selama ini. Saya percaya rezeki di tangan Allah dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Saya kini sibuk menjalani penggambaran drama Ratu Syuhada untuk RTM" -Afiq

Fizo Omar Marah Afiq Muiz, Mahu Tegur!

Jumaat, 31 Mei 2013


Semalam, Fizo Omar melahirkan rasa terkilan dan menegur sikap pendatang baru Afiq Muiz dengan ibunya kerana krisis keluarga yang melanda mereka.

Fizo berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing.

"Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa.

"Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu,

"Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang,” jelas Fizo. -mStar

Afiq Terima Sokongan Keluarga Saudara

Sabtu, 25 Mei 2013


Baru-baru ini Afiq Muiz mendapat sokongan keluarga dan datuk saudaranya sebelah ayahnya, Jalal Abidin memetik daripada SinarHarian dimana mereka sekeluarga mahu Afiq dan emaknya berdamai secara meja rundingan atau bulat.

Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan ‘serang menyerang’ menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.
"Kami mohon ibu Afiq menarik balik segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Afiq (anak derhaka) sebelum ini dan berdamailah dengan Afiq,”

“Kesiankanlah Afiq. Kita hidup berkeluarga, turunkan ego masing-masing dan berjumpalah untuk berdamai. Itu jalan yang terbaik.

“Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,

“Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan (SENIMAN) dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas,” -Jalal
“Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu,” -Afiq

Zed Zaidi Nasihatkan Afiq Muiz

Jumaat, 24 Mei 2013


Ha ni komen orang kuat di kalangan seniman dan selebriti tanahair, presiden Seniman, Zed Zaidi yang memetik SinarHarian semalam tampil memberikan nasihat khas percuma kepada Afiq Muiz berkaitan isu keluarga yang dialaminya.
"Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga.

"Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita.

"Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan.

"Bukannya membuat sidang media dan 'menyerang' ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya," -Zed Zaidi

Afiq Muiz Lebih Rela Mati Jika..

Khamis, 23 Mei 2013


Tak berkesudahan nampaknya cerita Afiq Muiz dan ibu kandungnya. Terbaru Afiq dikatakan rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri memetik apa yang disampaikan melalui laman sosial Twitternya. Ayatnya memang cukup berani, bahkan ianya bakal mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Korang nilai kan la sendiri.


Ibu Afiq Kurang Siuman - Eina Azman

Rabu, 22 Mei 2013

Eina Azman merupakan pelakon dan juga orang yang terdekat dengan pelakon Afiq Muiz mengenai kisah mereka berdua dengan ibu Afiq sebelum ini. Afiq pada mulanya dicop oleh ibunya sebagai anak derhaka manakala Eina pula punca kenapa Afiq berubah.

Namun Eina yang membuat penegasan disini, telah pun menyaman ibu Afiq, Hasliza Mohamad atas dakwaan yang dianggap oleh Eina sebagai satu fitnah terhadap dirinya. Eina yang memberikan tempoh 7 hari itu kepada ibu Afiq menjadi kegagalan, apabila ibu Afiq enggan membuat sebarang permohonan maaf berkenaan malah mahu mencabar.

Tak sudah-sudah kesudahan cerita ini, eloklah mereka buat perhitungan di mahkamah. Kita lihat siapa yang menang dan kalah. Namun tak bermaksud yang menang itu berada di pihak yang benar, besalah mahkamah dunia kan. Hehe.

Ini komen Eina memetik portal SinarHarian semalam:
“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.

“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut...sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,

“Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah,

“Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina?

“Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati,” katanya.

Shila Amzah Nasihatkan Afiq Muiz

Jumaat, 17 Mei 2013

Isu Afiq Muiz dengan ibu kandungnya telah medapat perhatian dari artis senior, Shila Amzah. Shila Amzah ada mengomen atau menasihati Afiq melalui laman sosialnya. Dan ini adalah pendekatan pertama Shila sebagai seorang selebriti yang sama-sama menasihati kawan sejawatnya itu. Apa-apa pun terima nasihat dan pandangan orang lain, kita mampu mengubahnya. Hehe.


Video Live Luahan Afiq Muiz

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru. Mungkin ada juga cikgu yang sedang membaca post ni. Hehe. Rasanya tiada kaitan pon dengan Hari Guru, saje nak wish. Ni ha sedutan isu panas Afiq Muiz yang dikatakan oleh ibunya, anak derhaka, dan Afiq Muiz telah membuat sidang media. Yang ni live, bukan gambar.. -ehsan Murai



Afiq Akui Bukan Anak Derhaka, Emak Mata Duitan!

Rabu, 15 Mei 2013

Hari Ahad lalu, ibu kandung kepada pelakon, Afiq Muiz telah membuat kenyataan media yang Afiq Muiz (20) sebenarnya seorang anak derhaka. Namun semalam, Afiq Muiz telah menafikan dirinya anak derhaka dan juga Eina Azman (18) menafikan yang dia menjadi punca atau kekasih kepada Afiq.

Mereka berdua membuat sidang media di Subang Parade untuk memberitahu perkara yang sebenar. Makin keliru, mana satu yang benar dan salah, hanya mereka dan Allah sahaja yang Mengetahui.
"Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa,"

"Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah,"

"Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam," luah Afiq. Baca lagi luahan Afiq di SINI
Dan ini pula kenyataan Eina..

"Saya ingin jelaskan yang saya bukan kekasih Afiq. Saya cuma teman rapatnya sahaja. Menjadi teman rapatnya, sudah tentu orang lain yang tidak tahu perkara sebenar akan salah anggap dengan berpendapat yang saya ini kekasihnya. Ibu Afiq melarang saya berkawan dengan Afiq sebab ibunya takut saya kikis duit Afiq. Tapi, apa bukti saya kikis duit Afiq? Apa bukti yang Afiq ada 'memindahkan duit kepada saya? Semasa awal tahun ini, saya mendapat panggilan telefon daripada ibu Afiq yang memaki saya dan melarang saya berkawan dengan Afiq. Afiq pun berada di tempat kejadian ketika perkara itu berlaku,

"Cerita mengenai mesej yang berbaur ugutan itu tidak benar sama sekali. Saya cabar ibu Afiq tunjukkan bukti kalau ada. Perkara itu adalah fitnah semata-mata. Malah sebenarnya adik-adik Afiq yang buat ugutan di Twitter, tujukan kepada saya. Saya juga menafikan khabar angin yang mengatakan saya bersekedudukan dengan Afiq. Semuanya adalah tidak benar. Saya masih ada keluarga dan saya kini tinggal bersama keluarga. Saya sudah lama sangat pendam semua ini. Tetapi apabila perkara ini terjadi, saya tidak boleh berdiam diri lagi," luah Eina. Baca lagi luahan Eina di SINI


gambar mStar | GUA