Pada:
Jumaat, 3 Mei 2013
Akhirnya pergolakan rumahtangga penerbit A. Aida dan suaminya Suffian diberitakan telah bercerai semalam dengan cerai talak dua. Sebelum itu Suffian ingin menceraikan Aida dengan talak tiga, namun menurut portal mStar, mahkamah menolak permohonan Suffian.
"Saya tidak mahu lagi kembali kepadanya (Aida). Cukup sampai di sini sahaja dan sebab itu saya mahu cerai talak tiga tetapi mahkamah tidak membenarkan saya berbuat demikian.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana semuanya telah selesai dengan baik pada hari ini (Khamis) dan fokus utama sekarang adalah untuk sama-sama membesarkan anak kami," -Suffian.
"Apa yang lebih penting kini sudah tidak ada apa-apa lagi bebanan yang perlu saya pikul dan urusan selepas ini akan lebih mudah. Alhamdulillah segala-galanya telah selesai," -Aida.
Tag : A. Aida , Berita Artis , Mahkamah , Penerbit , Perceraian Artis , Rumah Tangga


