Perceraian Enot dan Zainul

Pada: Rabu, 10 April 2013
Kawan baik kepada pelawak, Didie Alias, Enot (Alliza Abdullah) difahamkan semalam melalui portal Utusan telah membuat permohonan perceraian dengan suaminya, Zainul Abidin di Pejabat Agama Kajang.

Perceraian ini sebenarnya sudah bermula pada awal bulan Mac lalu namun tertangguh hampir dua kali kerana kegagalan Zainul untuk hadir.

Sebab Enot bertindak membuat permohonan berkenaan tidak dinyatakan kerana ianya terlalu pribadi dan tidak manis didengar oleh peminatnya.
"Tidak manis untuk saya bercerita hal dalam kain sendiri, lebih baik ia menjadi rahsia kami sahaja.

"Cukup kalau saya katakan, sudah tiada persefahaman antara kami. Sebab itu saya telah membuat permohonan untuk bercerai dengan suami, baru-baru ini," kata Enot.
Mereka sebelum ini pernah dilihat bersama ketika mengikuti program Sehati Berdansa (adakah ianya satu lagi badi?) selain daripada Enot mempunyai dua anak hasil pernikahan pertamanya, Andriana Balqis, 12 tahun dan Ariana Qaseh Qistina, 6 tahun.

Tag : , , , , ,