Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Enot semakin kurus, berat badan turun 29kg! (7 gambar)

Jumaat, 18 Ogos 2017



Dengar khabar yang Enot sekarang dah kurus dan langsing. Ini dibuktikan dengan gambar-gambarnya yang dimuatnaik ke dalam laman sosial miliknya.

Mengalami penurunan berat badan sebanyak 29 kg, Enot meminta peminat di luar sana supaya jangan membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan perubahan ini dengan masalah kesihatannya yang dialaminya sebelum ini (penyakit misteri tapi sekarang dah kembali sihat).

Enot memberitahu penurunan berat badannya ini adalah hasil mengamalkan suplemen yang dijualnya di Instagram.

Rahsia Enot hilang 40kg dalam masa 4 bulan!

Jumaat, 29 Mei 2015

Satu perkembangan terbaik daripada Enot dimana berat badannya menurun sebanyak 40 kilogram. Rahsianya dengan pengambilan produk berjenama Izeara sejak 4 bulan yang lalu.

Kini Enot dengan rasminya menjadi duta produk berkenaan.
“Sebelum ini, berat badan saya adalah 138 kilogram. Pada awalnya, saya hanya menggunakan Izeara selama seminggu sahaja, secara suka-suka. Selepas itu, saya merasakan perubahan atas tubuh badan saya. Saya rasa lebih ringan. Jadi saya menggunakannya Izeara 6 Inch Body Serum Extra Power secara konsisten dan kini berat badan saya turun kepada 98 kilogram. Kini saya mahu mendapatkan kembali berat saya semasa di zaman anak dara dahulu, 75 kilogram,”

“Syukur saya dipilih sebagai duta Izeara. Selain itu, saya juga menjadi stokes. Saya tahu dengan keadaan badan saya yang berukuran ‘tembam’ sebegini, pastinya akan ada kata-kata negatif yang singgah apabila saya dipilih menjadi duta produk sebegini. Tetapi bagi saya, mudah sahaja. Saya hanya membiarkan keyboard warrior ini melakukan kerja mereka dan saya hanya menjalankan kehidupan saya seperti biasa,” kata Enot memetik portal Murai

Enot akui berbohong isu sakit!

Selasa, 2 September 2014

Ramai yang sudah tahu, Enot kini menghidap penyakit kanser usus tahap 4. Namun ada yang beranggapan dia memberitahu media kerana hendak meraih simpati dengan berpura-pura sakit.

Bahkan ada juga yang mendakwa Enot pembohong besar.

Mari lihat dan baca temuramah dari wartawan Utusan kepada Enot.

Didie Alias akui hubungan dengan Enot renggang!

Jumaat, 29 Ogos 2014

Dengar berita hubungan Didie Alias dan Enot renggang aka tidak bersefahaman. Namun Didie akui sayangkan Enot dan sentiasa mengambil tahu perkembangan temannya itu yang kini menghidap kanser usus.

Didie memberitahu mengeluarkan kenyataan ini disebabkan ada kenyataan Enot melalui sebuah akhbar beberapa hari yang lalu dimana dia mengakui ramai kawan rapatnya kini menjauhkan dirinya.

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia,"

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan,

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," -Didie petikan portal mStar

Doktor kata pergi mati dengan Enot!

Sabtu, 12 Julai 2014

Memetik portal mStar semalam, dilaporkan yang pelawak, Enot telah menerima satu tamparan hebat di sebuah hospital apabila seorang doktor telah bersikap biadap dengan melemparkan kata-kata kesat.

Hal ini berlaku apabila Enot membuat keputusan enggan mendapatkan rawatan susulan akbiat dirinya yang kini mendapat penyakit kanser usus.
"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu,"

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga," -Enot

Perceraian Enot dan Zainul

Rabu, 10 April 2013

Kawan baik kepada pelawak, Didie Alias, Enot (Alliza Abdullah) difahamkan semalam melalui portal Utusan telah membuat permohonan perceraian dengan suaminya, Zainul Abidin di Pejabat Agama Kajang.

Perceraian ini sebenarnya sudah bermula pada awal bulan Mac lalu namun tertangguh hampir dua kali kerana kegagalan Zainul untuk hadir.

Sebab Enot bertindak membuat permohonan berkenaan tidak dinyatakan kerana ianya terlalu pribadi dan tidak manis didengar oleh peminatnya.
"Tidak manis untuk saya bercerita hal dalam kain sendiri, lebih baik ia menjadi rahsia kami sahaja.

"Cukup kalau saya katakan, sudah tiada persefahaman antara kami. Sebab itu saya telah membuat permohonan untuk bercerai dengan suami, baru-baru ini," kata Enot.
Mereka sebelum ini pernah dilihat bersama ketika mengikuti program Sehati Berdansa (adakah ianya satu lagi badi?) selain daripada Enot mempunyai dua anak hasil pernikahan pertamanya, Andriana Balqis, 12 tahun dan Ariana Qaseh Qistina, 6 tahun.

KCT1 di Range Rover Evoque

Isnin, 4 Februari 2013

Plat nombor KCT 1 merupakan plat yang dikira mahal dan ianya mampu dibeli oleh Datuk Seri Khalid kepada isterinya sempena harijadi Dato' Siti Nurhalzia pada tahun 2010 yang lalu. Kombinasi nama K (Khalid) dan CT (Siti) merupakan erti yang cukup makna buat kedua-dua suami isteri ini.

Plat berharga RM66,550 itu memungkinkan telah diletakkan pada sebuah motorsikal berkuasa tinggi, namun baru-baru ini plat itu kelihatan di sebuah kereta mewah, Range Rover Evoque yang sepadan dengan gaya serta ciri kemewahannya. Gambar diambil oleh pelawak, Enot ketika kebetulan berada di kereta berkenaan.


Enot kini bertudung, mahu perubahan hidup

Khamis, 22 Mac 2012

Syukur Alhamdulillah kini Enot mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu. Enot akui yang dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.

"Saya masih 'gila-gila' seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain,

"Saya tidak pernah merancang untuk memakai tudung sebelum ini tetapi ia berlaku secara tiba-tiba ketika bangun pagi, sebulan lalu tanpa berfikir panjang.

"Suami, keluarga dan rakan-rakan juga memberikan sokongan yang baik terhadap perubahan ini,"-Via

Enot tercedera selepas program MLM

Isnin, 5 Disember 2011

Ada satuu kemalangan dalam program MLM pada minggu kelima dan kali ini ia melibatkan pelawak wanita, Alliza Abdullah atau Enot. Rasanya tak molek kalau ada yang cuba mengandaikan kejadian ibarat satu badi.

Kisahnya, Enot pada malam persembahan telah tergelincir dan terjatuh selepas dia yang sepatutnya beraksi mendukung Didie Alias di atas pentas, gagal mengimbangkan tubuh. Disebabkan itu, Enot telah mengalami keretakan di lututnya.

Dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras Sabtu lalu, Enot kini menjalani rawatan sepenuhnya termasuk fisioterapi.

Dia juga turut diduga dengan mulut-mulut jahat yang sengaja mencetuskan amarah wanita berusia 33 tahun ini dengan dakwaan dia sengaja meraih simpati orang ramai.

Lebih menyedihkan, dia turut dikecam kerana dianggap sengaja menyakiti diri untuk meraih undi simpati penonton MLM.

“Tak masuk akal untuk saya sengaja jatuh pada persembahan malam itu. Ia satu kemalangan. Bukan dibuat-buat.

“Hairan juga saya kenapa ada yang kata saya nak raih simpati dengan cara macam tu. Kalau saya buat macam tu, tentu saya akan dikecam sebab menggunakan cara jijik untuk menang bukan? jadi fikirlah sendiri, ” katanya. -Via

Kek Enot Paling Masyuk~

Isnin, 24 Oktober 2011

Enot ni memang berbakat kalau korang nak tahu. Enot sekarang ni bukan sahaja pandai dalam dunia hiburan, malahan dalam dunia perniagaan pon. Perniagaan makanan seperti kek. Pelbagai kek Enot hasilkan, dari 1Malaysia, Angrybird dan lain-lain lagi aneka bentuk dan permintaan pembeli/pelanggan.

Namun dalam 'gila-gila' Enot ni pakar buat kek, maka terciptalah satu kek yang agak 'alamak kau'. Agak 18sg sedikit memandangkan kek itu ada hubung rapat dengan sebahagian daripada kelebihan wanita. Tapi tak pastilah gambar ni masih ada lagi or tak sebab ini diambil daripada laman Facebook Enot sendiri, mungkin gambar ni dah di hapuskan kot atas sebab-sebab tertentu. Zz.

[sumber asal Via]

Enot Ikut Sehati Berdansa, Menari

Jumaat, 28 Ogos 2009

Terdengarlah beberapa pasangan artis popular tanah air giat menjalani latihan untuk program 'itu' yang akan ke udara tidak lama lagi (mungkin selepas Hari Raya). Antara artis dan pasangan masing-masing yang dikhabarkan terbabit kali ini adalah Didie Alias, Enot (Alliza Enot Abdullah), Nabila Huda, Ifa Raziah dan Isma AF7.

Melihat senarai kali ini, boleh tahan juga persaingan. Pasti meriah pentas Sehati Berdansa kerana artis disenaraikan rata-ratanya cukup ‘sporting’, lucu dan kecoh kalau sudah berkumpul. Tak sabar-sabar pulanak melihat aksi mereka memenuhi kehendak tema setiap minggu apabilaacara ini ditayangkan kelak.

Tak tahulah pula kalau sumber ini tidak tepat, tapi rasa-rasanya betul sebab ketika menghadiri sebuah majlis, ada seorang teman yang bekerja di Astro terlepas cakap mengenai penyertaan musim baru Sehati Berdansa.

Siapa agaknya yang akan mengikut jejak langkah Vanidah Imran dan Lisdawati?