Fizz, Almy Kini Bertaut Kembali!

Pada: Rabu, 10 April 2013
Akhirnya selepas berakhirnya episod hitam bertunang dengan isteri orang, Azlyn Maissiela pada bulan Feb yang lalu, kini Fizz Fairuz dikhabarkan telah menghubungi kembali Almy Nadia dan paling mengembirakan hubungan sebagai teman rapat semula namun tidak mahu mengambil risiko untuk lebih serius dalam hubungan kerana mahu menjaga hati Almy yang masih terluka.
"Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu.

"Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya," -Fizz. -mStar

Tag : , , , , , ,