Adi Putra Tarik Diri Untuk ABPBH 2013 dan Seterusnya...

Pada: Khamis, 18 April 2013
Akhirnya memetik portal mStar pelakon, Adi Putra membuat keputusan untuk tidak bertanding atau menarik diri dari segala pencalonan ABPBH akan datang semata-mata menjaga hati peminat setianya yang sanggup berkorban untuk dirinya.

Ini perlu dilakukan memandangkan peminatnya, ‘1HotLovers’ yang masih tidak berpuas hati dengan sistem pengiraan undian penganjur ABPBH berkenaan yang dikatakan berat sebelah dengan mengira undian Adi yang mendapat 24,000 berbanding jumlah yang peminat Adi target sekitar 42,000 lebih.
"Saya tarik diri kerana enggan peminat tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian itu lebih-lebih lagi selepas membaca pelbagai respons yang tidak menyenangkan daripada mereka di Twitter.

"Harap-harap selepas ini tiada lagi rasa tidak puas hati berlaku. Jujurnya, saya mahu menjaga hati peminat-peminat dan masyarakat kerana saya bekerja untuk mereka.

"Memandangkan mereka tidak senang tentang hal ini, saya tarik diri dengan ikhlas," -Adi
Berdasarkan jumlah 24,000 undian itu, Adi tersenarai di tempat keempat dan tewas di tangan Neelofa yang mendapat undian sebanyak 45,981, Zizan Razak (55,036 undi), Aaron Aziz (68,205 undi) dan Shaheizy Sam (79,656 undi).

Sebelum ini juga Zed Zaidi juga pernah menyelar beberapa majlis anugerah yang mengutamakan populariti daripada kualiti. Namun ada juga kalanya yang masih mahu di calonkan walaupun bertahun-tahun menang, sudah-sudah lah bagi lah peluang dekat orang lain untuk menang, ikut cara Datuk Siti Nurhaliza yang mengundurkan diri bagi memberi peluang orang lain memenangi anugerah. Ni tak, malar betul muka dia je balik-balik menang setiap tahun, siapalah tu ek..

Tag : , , , , , ,