Sharifah Nadia Calarkan Tangan Bekas Suami

Pada: Khamis, 21 Mac 2013
Pelakon filem Diari Romeo, Sharifah Nadia Yusnita, 32, didakwa di Mahkamah Majistret PJ semalam kerana mencederakan bekas suaminya pada November 2012. Nadia mengaku tidak bersalah terhadap kecederaan pada Lob Mahadir Abdul Shukur, 40, dengan mencalarkan tangan bekas suaminya itu.

Sharifah Nadia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan.

Nadia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chin di SK Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya pada pukul 10.30 pagi pada 25 November tahun lepas. -mStar

Haha. Macam-macam hal..

Tag : , , , ,