Pada:
Ahad, 3 Mac 2013

Ini adalah impian dan cita-cita pertama seorang selebriti yang sanggup menawarkan diri sebagai calon dalam mana-mana pilihanraya peringkat Kebangsaan mahupun Negeri.
Dan ini adalah bukan omongan kosong atau impian mimpi indah Azwan Ali, namun akan benar-benar terlaksana cuma kerusi mana yang itu belum diumumkan oleh Azwan.
"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.Agak sukar untuk menilai kenyataan Azwan diatas ni, katanya yang memiliki pengikut, pengaruh dan populariti tersendiri sepertinya susah untuk diterima. Malah menyangkal pula untuk bertanding kerusi Pekan, Pahang. Kah kah.
"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,
"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri (Najib Razak)
"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” -Azwan Ali.
Lainlah kalau macam Datuk Siti Nurhaliza ker, Datuk Aznil ke, ha yang ini admin percaya memiliki semua itu, sebab dalam PRU juga dana besar dan kos kempen merupakan salah satu faktor kepada kemenangan.
Tag : Aznil Nawawi , Azwan Ali , Berita Artis , Pengacara TV , Perdana Menteri , Pilihan Raya , Politik