Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kebanyakkan pengacara TV sekarang sampah! - Azwan Ali

Rabu, 3 Mei 2017

Kelompok pengacara baharu Azwan sifatkan sebagai kelompok ‘patah kandar’. Tiada kelayakan mengacara tetapi dijulang stesen televisyen (TV) sebagai wajah pelaris berbakat hebat. Maka terbitlah sifat ego, lupa diri, perasan dan masalah disiplin yang mendorong terhadap kegagalan tanggungjawab dalam mengacara.

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini,” Azwan berterus-terang apabila diminta mengulas tentang senario pengacaraan masa kini.

“Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat.

“Kebanyakan siaran langsung atau program yang kononnya berprestij cenderung mengutip semua bintang yang tidak memiliki kepakaran untuk menjadi pengacara. Mereka diangkat bersandarkan populariti dan faktor rupa semata-mata.

“Tambah kritikal apabila mereka tidak disediakan skrip. Mereka diberi kebebasan untuk berjenaka dan merapu sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah rancangan atau acara,

“Bukan saya benci kepada bakat-bakat baharu. Malah hendak menyalahkan mereka pun barangkali tidak adil. Sebaliknya stesen TV dan pihak produksi perlu peka dan sensitif terhadap penetapan seseorang pengacara.

“Begitu juga dengan bintang-bintang komedi yang mendominasi pelbagai rancangan selaku pengacara. Memang mereka lucu dan menyelitkan jenaka dalam penyampaian, tetapi perlu berpada-pada. Ramai yang membuat lawak bodoh ketika siaran langsung sekali gus meranapkan prestij yang sepatutnya dipersembahkan.

“Impaknya menjejaskan banyak pihak. Anda sendiri dapat melihat kesannya kini. Bayangkan seorang ketua pegawai eksekutif stesen TV terpaksa terbang jauh demi untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka disebabkan kesilapan seorang pengacara.

“Tuhan beri petunjuk dengan satu insiden. Perlukah ia berulang dengan stesen TV lain baru kita hendak sedar?” pedas tetapi berisi peringatan Azwan kepada media Pepatung.

Azwan Ali gelar Neelofa 'Anjing Siall'?

Jumaat, 18 November 2016

Azwan Ali telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Neelofa di Instagram baru-baru ini. Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh Azwan Ali tersebut telah dipadam berulang kali. Jika dilihat daripada apa yang diamukkan di Instagram, Azwan mempertikaikan perwatakan Neelofa yang kini sudah bergelar Hajjah namun masih bersentuhan dengan Fattah Amin.

Sekitar Umrah Azwan Ali, kena botak (29 gambar)

Jumaat, 1 Julai 2016

Azwan Ali ibaratkan Tun Mahathir adalah kayu reput..

Selasa, 15 Mac 2016

Azwan Ali telah memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang tokoh yang sudah tua dan tidak mampu melawan lagi kerana sudah terlalu lemah.

Beliau mengambil contoh yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa bahawa Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang sudah tua tetapi masih mahu cuba menjatuhkan seorang Perdana Menteri.

Azwan Ali komen pengacara MHI tarik hingus..

Jumaat, 4 Mac 2016

Tarik Hingus Ketika Siaran Langsung, Pengacara MHI Kena Maki Azwan Ali
Sekali lagi Diva AA Azwan ali menimbulkan kontroversi, kali ini mangsanya adalah salah seorang wanita pengacara program MHI di TV3.

Difahamkan selain daripada orang ramai yang 'jijik' melihat aksi pengacara wanita itu rupanya Azwan Ali juga tidak ketinggalan menonton rancangan tersebut. Rupanya ramai yang perasan pengacara wanita tu asyik tarik hingus.

Azwan Ali kutuk Anugerah Meletop Era

Rabu, 2 Mac 2016

Kritikan Pedas Azwan Ali Terhadap AME2016
Terbaharu, Diva kontroversi tanah air, Azwan Ali muncul dengan kritikan panas untuk mempersoalkan AME2016, komennya cukup pedas dan menusuk kalbu.

Berikut merupakan kritikan Azwan Ali mengenai Anugerah Meletop Era 2016 yang disifatkannya sebagai anugerah syok sendiri dan hanya kaki ampu yang menjadi pemenang.

Pasal Kicap, Azwan Ali bakal disaman

Selasa, 19 Januari 2016

Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.

Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan, Adnan Seman, pihak beliau telah memberikan notis tuntutan kepada Azwan pada 12 Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.

Azwan Ali buat laporan polis sebab ugutan serius ini..

Isnin, 4 Januari 2016

Nak kata lawak tak tahu lah, ugutan dasyat dan jarang-jarang kena buat report pasal hal seperti ini dalam sejarah. Hmm. Macam-macam dah..

Azwan Ali bakal ke Negara Syurga! ko mampu! (5 gambar)

Khamis, 1 Oktober 2015

Azwan Ali aka Diva AA bakal pergi ke negara Brunei Darussalam dengan undangan khas untuk satu demonstrasi memasak rendang.

Paling membingungkan apabila ada caption bersama-sama peminatnya dan negara yang digelar negara Syurga. Nah? ko mampu?

Lokasi acara ini adalah di Tutong pada 3hb Oktober 2015 (Sabtu) dan 4hb Oktober 2015 (Ahad) untuk menyaksikan live demo masakan rendang Azwan Ali dan berselfie bersama-sama. -Gambar Forum Cari

Mak Bapak Bangsat ko Nazak ke Anjing! - Azwan Ali

Ahad, 27 September 2015


Apa nak jadi dengan Azwan Ali ni, asyik salah sangka je kerja dia kan. Terlalu fokus sangat dengan perkataan-perkataan singkat ni tanpa soal selidik dahulu sampai memaki orang jadinya.

Nasib lah ada juga pihak yang masih boleh bersabar dengan karenah dia ni kan.

Azwan Ali buat laporan Polis sebab sokong Najib tapi kena..

Khamis, 20 Ogos 2015

Azwan Ali Lapor Polis Kena Ugut Akibat Sokong Najib

Gara-gara menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Azwan Ali telah membuat laporan polis apabila salah seorang pengikut akaun Instagram miliknya mengugut untuk menumbuknya jika berjumpa.

Berpunca daripada ugutan tersebut, Azwan Ali telah bertindak untuk membuat laporan polis selain mahu mengheret pelaku tersebut untuk dibawa ke mahkamah. Untuk pengetahuan anda, pengacara ini merupakan penyokong tegar Najib Razak selain mendukung setiap saranan kerajaan.

Azalina Othman Said dukung Azwan Ali.. Sweet sangat.. he he..

Jumaat, 14 Ogos 2015

Jika sebelum ini menjadi viral gambar ''Troll" yang telah diedit oleh pengguna media sosial potret perkahwinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan selebriti Azwan Ali sebagai pasangan suami isteri.

Gambar tersebut telah dikongsi oleh ramai Netizens sebagai status dan komen bergambar di laman-laman page termasuk di kalangan sahabat Siakapkeli sendiri.

Kepala bapak ko! -Azwan Ali

Jumaat, 31 Julai 2015

Rasanya memang orang ramai tidak senang dengan cara Azwan Ali di laman sosial. Terbaru dia dikatakan menulis perkataan kasar kepada salah seorang pengguna di Instagram.

“Err, kepala bapak ko #PUII,” komen Azwan Ali

Memang agak menyedihkan jika ada orang komen seperti ini di laman sosial kita. Apakah tindakan yang wajar dilakukan. Block atau unfollow adalah langkah yang sewajarnya.

"OH MEDIA THE ANJINGSS" TAK DE TELOR! - Azwan Ali (video)

Ahad, 26 Julai 2015

Azwan Ali ada pergi ke SKMM baru-baru ini untuk mereportkan hal mengenai sebuah blog yang memburukkan namanya, iaitu OhMedia. Ini dibuktikan lagi dengan video Azwan di tempat SKMM.

Azwan Ali kutuk mangsa kemalangan jalan raya.. Sadis!

Khamis, 23 Julai 2015

Agak kertelaluan Diva Azwan Ali ni. Sampai mangsa dan yang telah pergi di dalam nahas jalan raya dijadikan bahan kutukannya. Apalah nak jadi dengan Azwan ni.

Ucapkan lah takziah ke, ucap Inallilahi ke. Tak sepatutnya perkataan itu dikeluarkan olehnya dengan menggunakan medium laman sosial yang bebas dan terhad tu. Nak kena akta hasutan kot Azwan ni.

Nabil bersepah kat airport ni! - Azwan Ali

Selasa, 21 Julai 2015

Dengarnya Azwan Ali kecewa apabila Nabil Ahmad tidak menegurnya ketika mereka berada di lapangan terbang. Sehinggakan Azwan berang dengan sikap Nabil itu dengan mengata dirinya di laman Twitter.

Mungkin Nabil tidak perasan atau tidak kenal sangat dengan Diva ni kan. Manalah tahu, bersangka baik sahaja.




Azwan Ali mengamuk ketika tunai Umrah (3 gambar)

Isnin, 13 Julai 2015

Azwan Ali dikatakan mengamuk lagi berikutan ejen umrahnya akibat kelambatan bas jemaah umrah bertolak dari Kota Madinah ke Kota Makkah. Azwan sempat snap shot perbualan tidak puashati Whatsapp nya itu ke dalam Instagram miliknya dengan ejen yang terlibat.

Namun ejen berkenaan mengakui ianya sering terjadi dan tidak perlu merungut hanya perlu banyak bersabar ketika menunaikan ibadah ini.

Kebaikan Azwan Ali yang korang tak tahu.. (biar betik?)

Rabu, 8 Julai 2015

Kebaikan Azwan Ali
Seorang manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Itulah yang kepada Diva Azwan Ali selepas kontroversi melibatkan dirinya mendapat perhatian ramai. Namun, kesilapan itu juga bakal mematangkan dirinya.

Disebalik mulutnya yang 'laser', lancang dan sifat 'arrogant' yang tertanam di dirinya, ramai tidak menyangka betapa baiknya sebenarnya Diva Azwan Ali ini.

Azwan Ali berikan Whatsapp untuk kirimkan doa waktu umrah...

Selasa, 7 Julai 2015


Haish ada-ada je yang dilakukan oleh Azwan Ali ni kan. Terbaru Azwan dikatakan telah pergi menunaikan ibadah umrah semalam, mungkin nak bertaubat la tu lepas diberi teguran ramai pihak atas kelakuannya.

Namun agak pelik pula, Azwan sepertinya mengalu-alukan siapa-siapa nak hantar doa melalui text Whatsapp miliknya, siap diberikan nombor telefon lagi.

Rasa-rasa ada orang nak ikut ke cara dia ni? ke ada orang nak lahar dia balik guna Whatsapp. Hoho.

Azwan Ali 'lawan' Mufti Perak pula..

Ahad, 5 Julai 2015


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini menegur tindakan melampau Azwan Ali memaki hamun pengikutnya di Twitter sehingga tidak menampakkan dirinya seperti orang Islam yang sedang berpuasa.

Menurut Mufti Perak itu, tweet-tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali itu menunjukkan ciri-ciri golongan fasik kerana tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim yang sebenar.

Berikutan itu, Azwan Ali memuat naik gambar Mufti Perak berkenaan di laman Instagramnya.

"Jutaan terima kasih Mufti Perak Darul Ridzuan. Sempat tegur 1001 cerita panas truly Diva AA. Sikit tak luak, after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kita Azwan Ali. Hebatnya penangan nama besar Azwan Ali. Kau mampu?

"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup Azwan Ali. Sah-sah arwah abah aku ustaz. So? So? So? Cuma Azwan Ali hanya hambaNya. If even kau di luar sana meroyan, menyalak, mencemar busuknya Azwan Ali.

"Macamlah aku ini tak tahu hukum hakam. Why bother? Why bother? Why bother? Go ahead. But remember doa hambaNya yang teraniaya.

"Kau carilah mufti besar Arab Saudi pulak. But its okay. Terima kasih atas teguran. Tapi ingat semua, atas dunia kau boleh buat apa saja untuk berkuburnya nama besar Azwan Ali. Akhirat, azab kau amatlah pedih. Tuhan Maha Mengetahui siapa benar siapa salah. Kebenaran mungkin tidak di dunia pasti di akhirat.

"Nawaitu kau lebih penting tika memporak peranda kes ini. Nahuzubillahminzalik," katanya.