Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nama anak seperti Malaikat Jibril, ini pesan Imam Besar kepada Datuk Shahrul Nasrun

Khamis, 13 Julai 2017

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menjadi pertikaian netizen apabila memberikan nama anak seperti malaikat Jibril walaupun tidak seperti yang dimaksudkan Shahrul.

Punca sebenar Fara Fauzana tak jadi kahwin didedahkan.. Politik?

Rabu, 7 September 2016

Sebuah laman page politik mengklaim yang punca sebenar Fara Fauzana membatalkan perkahwinanya bulan ini adalah disebabkan calon suaminya itu berparti politik Kerajaan,

Namun umum sudah mengetahui yang kemungkinan sebab utamanya adalah calon suami Fara itu sudah berkahwin.

Mana satu betul, anda teka lah.. hihi..

Azwan Ali ibaratkan Tun Mahathir adalah kayu reput..

Selasa, 15 Mac 2016

Azwan Ali telah memperlekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang tokoh yang sudah tua dan tidak mampu melawan lagi kerana sudah terlalu lemah.

Beliau mengambil contoh yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa bahawa Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang sudah tua tetapi masih mahu cuba menjatuhkan seorang Perdana Menteri.

Inilah sebab kenapa suami Umie Aida ditangkap PDRM

Ahad, 20 September 2015

Suami Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditangkap oleh pihak Polis semalam di kediamannya. Seterusnya dia dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
“Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah,” kata Umie Aida
Ikut pengamanatan, penangkapan ini dibuat untuk menyoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.

SENIMAN beri amaran keras kepada Soo Wincci sebab..

Selasa, 8 September 2015


Karyawan Beri Peringatan Kepada Soo Wincci
Rentetan satu video lagu yang dimuatnaik oleh penyanyi Soo Wincci sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez memberi peringatan kepada artis tempatan supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan mereka.

Karyawan Beri Peringatan Kepada Soo Wincci

Sebab Dato' Siti Nurhaliza sokong Tun Mahathir

Isnin, 4 Mei 2015


Siti Nurhaliza Sokong Tun M
Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik status di laman Instagramnya yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tun tidak berseorangan.

Memetik laporan The Rakyat Post, sokongan yang dinyatakan oleh Siti tersebut adalah spontan dan beliau tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut.
“Seandainya ada pihak yang mahu melihatnya dari sudut politik, saya tidak boleh menghalang dan terpulang pada perspektif masing-masing.

“Bagi diri saya, apabila perkara itu berlaku (luahan hati Tun Dr. Mahathir), saya tidak memikiran apa-apa melainkan hanyalah sebagai satu sokongan moral kepada beliau sebagai generasi yagn membesar dalam era pemerintahannya,” -Siti


Julia Ziegler akui Malaysia banyak korup (video)

Rabu, 25 Mac 2015

Dengarnya Julia Ziegler ada memberikan satu jawapan dimana jawapan berkenaan berkaitan dengan Negara. Video yang diambil itu dikatakan mempunyai 55 soalan spontan dan ianya dijawab dengan baik oleh Julia.

Soalan berkaitan Negara itu dikatakan sendiri oleh Julia pada minit durasi 2.14-2.30. Korang dengar je la kata dia ni.

#Panas,cantik,banyak Korup,dan my hometown

Abby Abadi kecam kenyataan Dr Mashitah

Sabtu, 29 November 2014

Kelantangan Dato Dr Mashitah berusara di perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini terhadap para selebriti yang hijrah ke parti pembangkang telah membuatkan ramai selebriti mula menyuara.

Terutama Abby Abadi yang membidas kenyataan Dr Mashitah itu dengan beraggapan ianya tidak sepatutnya diucap oleh orang yang berpendidikan tinggi sepertinya.

Isu minyak naik - nasihat Ustaz Kazim Elias kepada Kerajaan!

Khamis, 2 Oktober 2014

Kecoh tetap kecoh, tidak setuju juga tidak setuju dan berang tetap berang. Itulah rasanya keluhan rakyat yang rata-rata berpendapatan sederhana dan rendah akibat kenaikkan harga minyak semalam oleh Kerajaan.

Ulama terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati kerajaan agar memikir semula kenaikkan harga ini. Katanya juga pemberian BR1M dan insentif lain bukanlah perkara yang menyelesaikan atau meringankan beban rakyat, sewajarnya ianya dimansuhkan dan harga minyak boleh diturunkan.

Lepas ni admin percaya, ramai pekedai akan menaikkan harga barangan dengan alasan minyak naik 20 Sen. Dan kemungkinan besar populariti parti politik yang memimpin kerajaan sekarang akan merundum jatuh jika negara kaya minyak ini gagal dalam mengimbangi harga minyak tempatan.

Wardina salahkan kerajaan isu budak OKU! siapa ADUNnya?

Selasa, 24 Jun 2014

Beberapa hari lalu, imbul berita panas mengenai seorang kanak-kanak orang kurang upaya yang dijumpai ketika serbuan oleh pihak berkuasa dari rumah ke rumah.

Namun adik berkenaan kini sudah di dalam penjagaan rapi dan diberi layanan terbaik oleh kerajaan.

Bagi Wardina pula, isu seperti ini ada lah berpunca daripada kelemahan kerajaan dan menyalahkan kerajaan melalui laman sosial Instagram miliknya,.

Ni Adun Nilai tak turun Padang ke..

“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,

“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”

“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”

“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” petikan instagram Wardina

Amyza Aznan maki hamun Pembangkang?

Khamis, 10 April 2014

Tidak dipastikan kenyataan ini keluar sendiri oleh Amyza Aznan melalui laman sosial Facebook yang dinamakan 'AMYZA AZNAN I LOVE U' atau sebaliknya oleh orang yang tidak dikenali mengawal account berkenanaan.

Memetik sebuah blog politik, ramai pihak terutama puak-puak Pembangkang yang menghentam Amyza kerana kenyataannya yang begitu diluar jangkaan.

Kalau dilihatkan, laman sosial Facebook 'AMYZA AZNAN I LOVE U' tu dah lama tak aktif sejak June 2013.

Wardina Kecam DBKL

Khamis, 2 Januari 2014

Wardina adalah diantara selebriti yang lantak mengomen mengenai politik di laman sosial berbanding Abby Abadi yang giat turun padang.

Ketegasan Wardina kini adalah disebabkan peruntukan RM15 Juta dari DBKL untuk sambutan ambang tahun baharu yang lalu.

Jika diikutkan memang ada baiknya kata-kata Wardina ni, tapi untuk setahun sekali apa salahnya dengan peruntukkan berkenaan.

DBKL kan kaya juga untuk mengurus bandar metropolitan rasanya memang banyak untung yang diperolehi saban tahun.

Namun biasalah, rakyat Malaysia suka berhibur, jadi peruntukan hiburan juga sekarang mahal-mahal juga kan. Hhee.

Gambar Abby Abadi Bantah Kenaikan Harga Barang

Jumaat, 27 Disember 2013

Abby Abadi dan suaminya baru-baru ini ada membuat satu kempen politik untuk satu kenaikan harga barangan. Dia dan beberapa orang lagi lelaki turut serta dalam kempen berkenaan di hadapan Sogo. Yang pasti Abby menutup bahagian mulutnya, atas sebab malu atau betul-betul berubah ke arah lebih alim pemakaiannya, yang tu tak pasti pula. hehe. -gambar Blog Medan Info Kita

Zed Zaidi Gila! - Dayangku Intan

Rabu, 18 Disember 2013

Menurut portal MalaysiaGazette, penyanyi Dayangku Intan mengatakan yang Zed Zaidi sebagai seorang yang gila publisiti murahan. Tambahan lagi Dayangku menganggap yang Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud di dalam dunia seni kerana tidak memiliki daya ingatan atau pemikiran yang waras serta minda yang semput.
“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.

“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,”-Dayangku Intan
Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Sabar je la Zed Zaidi, mulut orang biar Allah sahaja yang membalas nya..

Hairie Othman Merajuk? Enggan Berpolitik

Khamis, 31 Oktober 2013

Dikhabarkan yang orang kuat dalam parti PAS satu masa dahulu, Hairie Othman kini enggan lagi bergiat aktif dalam aktiviti politik seperti kempen, ceramah dan sebagainya.

Mengikut jejak langkah rakannya seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak dan lain-lain lagi yang masih aktif lagi dengan banyak push ke Kedai sekarang ini, Hairie kini tekad tidak mahu dikaitkan lagi dengan arena politik.

Abby Seperti Kebudak-Budakan - Zed Zaidi

Selasa, 29 Oktober 2013

Abby Abadi memang tak sudah-sudah kalau nak kritik kerajaan dan juga selebriti yang bernaung dibawahnya. Terbaru, Abby dikatakan buat hal dengan menyatakan menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam di dalam ceramahnya dekat di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada hari Sabtu lalu.

Zed Zaidi, Presiden Seniman dan juga ahli kuat UMNO menyelar tuduhan tidak berasas Abby itu melalui portal mStar semalam. Zed menganggap Abby tidak sewajarnya mengaitkan mana-mana parti politik dalam penyebab gejala maksiat di dalam industri hiburan tanah air.

Ayah UMNO, Anak PAS - Abby Abadi

Isnin, 21 Oktober 2013

Umum mengetahui yang Abby Abadi adalah ahli muslimat parti politik PAS yang lantang orangnya. Namun dalam tak disangka, memetik portal Utusan semalam, ayahnya, Abdul Manan Tadin berusia 78 tahun merupakan ahli UMNO seumur hidup.

Bapa Abby ditemui ketika mengundi untuk pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak semalam.

Wardina Kena Sentap Oleh Razak Manap

Jumaat, 4 Oktober 2013

Memang ramai yang memberi respon terhadap satu laporan audit negara bagi tahun 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini, dari level Menteri kepada lah golongan selebriti pergi mengomen. Dimana aktiviti penyelewengan demi penyelewengan, salahguna dana awam dan kerugian demi kerugian serta pembaziran demi pembaziran yang menjadi amalan segelinitr penjawat sektor awam yang amat membimbangkan.

Zed Zaidi Bertanding Jawatan Dalam UMNO

Jumaat, 13 September 2013

Wah tak sangka Zed Zaidi akan bertanding untuk jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan tidak lama lagi memetik portal MediaHiburan semalam.

Inilah kali pertama selebriti tempatan bertanding untuk jawatan dalam bidang politik di tempat yang tertinggi.

Baguslah macam ini. Diharap Zed dapat memenangi jawatan tersebut.
"Ya, saya 'confirm' akan bertanding. Pada 14 September ini saya akan mengambil borang pemilihan di pejabat Pemuda UMNO di PWTC, 21 September pula tarikh penamaan calon dan 12 Oktober adalah pemilihan Pemuda di seluruh negara yang dilakukan secara serentak," -Zed

Abby Abadi Lagi Hentam Kerajaan di Instagram

Jumaat, 6 September 2013


Abby Abadi ni memang terkenal lantang suaranya kalau bab politik, tak tahu dia cakap pasal fakta atau auta.

Kalau kat laman sosial Instagramnya, memang banyak dia hentam kerajaan. Bab kenaikan harga minyak baru-baru ini, panjang lebar komen Abby, siap ada photo untuk dilampirkan, kalah wakil rakyat atau YB pembangkang punya laman sosial beb. Dari bab hutang, minyak dan seterusnya arak.

Dan ini antara serba sedikit komen yang dipetik melalui laman Instagramnya itu. Ada yang pedas ada yang menhentam satu sama lain.

Kah kah.. lucu..

[@] abby_abadi Baby yg post ni.. Aduhai .. baru nk ajak fikir pasalhutang negara yg dah berbillion2 ni... Nilai RM jatuh teruk. minyak naik, barang2 naik.. darah pun naik!
[@] abby_abadi Aman... ? tiap2 hari mcm2 jenayah disana sini, aman? 2h
[@] abby_abadi hutang negara siapa yg buat? bergantung pd negara luar apanya? Aduhai... siapa yg ajar bg alasan mcm tu? Malaysia hutang berbillion skrg. cari maklumat! jangan tertipu... tp Kalau xkisah, teruskan hidup mcm biasa k. Tiada paksaan 2h
[@] myaki91 Abby p duk kt indon k. Xtaw bsyukur 2h
[@] ira_syarifah Aman lah. Tk perang sana sini. Kak aby kena belajar dasar ekonomi. Bru akk paham mcm mana nak tadbir ekonomi negara. Sy bukan pro kerajaan mahupun bpihak pada parti pembangkang, tp sy belajar ekonomi dlu, kita ckp sng, hutang negara banyak, terus menerus slhkan kerajaan.. tapi kalian tk pernah nk selami apa yg mnybbkan hutang tu. Hurm.
[@] ira_syarifah Soalannya.. klu parti yg kalian sokong memerintah, akan selesai ke mslh hutang negara ni? Akan terjadi ke mslh kenaikan hrga minyak? Dan sy pasti jawapan kalian mesti 'eh, mesri confirm xkan naik punye'.. tp sy dan lain2 masih percaya sekelumit hati kalian bergelora, sbb dalam hati kalian tk pasti.. ya sy sokong BN. Tp sy pon marah sebab hal ini. Bukan xmrh. Tp kisahnya menyalahkan kerajaan mcm kalian tu betol sgt. Jgn mcm tu kawan. Kalian syg malaysia. Saya pon sama. Kicap yg ayah saya suka naik harga daripada mggu lepas, tbe2 petrol naik plak. Entah lepas ni apa lg yang naik. Ayah aku, org yg mnyediakan sglanya. Yg lebih terbeban. Dia msih senyum. Allah tk suka org mengeluh. Dari sibuk memaki hamun, mencari ksalahan, elok kita tingkatkan diri......
[@] abby_abadi Masih tidak mampu melihat lagikah wahai Rakyat Malaysia? RM622 billion++.... Tak tertanggung, naikkan segala kos dlm Negara. Rakyat jadi mangsa. Kerja pagi petang siang mlm pun xcukup kalau begini. Allahurobbi!.. Berfikirlah sebaiknya. Ambiltahu..... Kita xrasa susah (Sy rasa.... ) fikir org lain punya kesusahan, yg xmampu, yg bergaji rendah mcmana... Kitakah yg bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang2 negara bila Menteri2 yg dipilih berbelanja semewahnya? Tolonglahhhh... Guna AKAL sebaiknya...
[@] abby_abadi Menteri suh beli barangan Malaysia, kereta Malaysia, mereka beli? mmmmm... kesian kita diperbodohkan sekian lama...
[@] abby_abadi maksiat dimana2.... even dekat tanah suci pun ada jugak manusia yg buat jahat. tapi sekurang2nya kita berusaha nk tegak kan undang2 ALLAH tu, bukan menidakkan. Fahamkan yg itu....... jgn terlalu dipengaruhi dgn media semata2. Buka mata, lihat sendiri. Doa pd ALLAH agar diterangkan hati. Take care
[@] lizhurley86 K.abby tlg desak mb selangor agar ttup kilang arak kt bt 3 shah alam....die jga pemimpin sprt yg k.abby maksudkn...selangor kn pkr,pas,dap yg tadbir skrg...klu negeri yg d kuasai oleh parti yg mnegakkan syiar islam pn x dpt nk bndung kegiatan maksiat...jgnlah cerita negara yg bnyk negeri nk kna jge...itu blm lg kes penipuan kt dlm jabatan2 stlah 6 thn parti pr pgang...kta nk btlkan kslahan pemimpin yg lama...tp knp lg teruk...perubahan xde makin teruk ade la...
[@] abby_abadi Sejarah Arak di Malaysia. Siapa yg membawa masuk minuman Syaitan ini ke Malaysia?
[@] shashaosman hmm mcm tu sape suruh u masuk Elite?? sapa suruh u menyanyi?? @abby_abadi