Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aziz Singah meninggal dunia.. -al Fatihah

Sabtu, 2 Julai 2016

Perkembangan Aznil Nawawi yang kini mengejutkan..

Ahad, 19 Jun 2016


Dengar khabar yang Datuk Aznil Nawawi kini giat berniaga atas jenamanya sendiri iaitu Anell yang mula diperkenalkan sejak 30 Mei tahun ini.

Produk kesihatan/kecantikan itu difahamkan dijual RM199/set dan kini sudah lebih 3000 unit terjual (RM600,000).

Aznil Nawawi dedah rahsia kekal awet muda yang mengejutkan..

Ahad, 29 Mei 2016

Kelihatan kawet mudaan Aznil Nawawi ketika muncul di kaca televisyen menjadi tanda tanya mengenai rahsia sebenarnya. Aznil rupanya-rupanya mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan keremajaan wajah.
“Orang kata saya pakai botoks pada wajah, tapi cuba tengok betul-betul wajah saya ada kedutan dan mempunyai reaksi. Jika saya guna botoks, muka akan jadi tegang dan tidak boleh memberi reaksi sedih atau gembira”

“Saya akui membuat beberapa rawatan wajah seperti dermatologi, oksigen dan mengambil vitamin yang boleh dikira berjumlah RM4,000 sebulan,” jelasnya kepada mStar Online.

Sekitar malam Bollywood selebriti terkenal (18 gambar)

Isnin, 15 Februari 2016

Top selebriti yang mempunyai pendidikan yang tinggi.. Amir Raja Lawak?

Khamis, 4 Februari 2016

Korang jangan pandang rendah kat Amir ni.. korg x tgk lagi SPM die,,,

Berikut adalah 12 selebriti malaysia yang berpendidikan tinggi. Bijak-bijak juga artis kita!!

Pasal Kicap, Azwan Ali bakal disaman

Selasa, 19 Januari 2016

Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.

Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan, Adnan Seman, pihak beliau telah memberikan notis tuntutan kepada Azwan pada 12 Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.

Datuk Aliff Syukri bagi nampak harta jutaan Ringgit miliknya (video)

Selasa, 5 Januari 2016

Sebelum ni Dato Seri Vida yang memaparkan berapa banyak harta yang dimilikinya. Kali ini Datuk Aliff Syukri pula yang ditemu ramah Dato Aznil @Pak Nil.

Berbeza dengan Dato Seri Vida, Datuk Aliff memiliki kekayaan yang dia sendiri jarang merasakannya, siap ada tanda harga lagi setiap aksesori. Auuch..

*klik video untuk play..

Dato Seri Dr. Vida beri nampak harta jutaan Ringgit miliknya.. (video)

Ahad, 3 Januari 2016

Kebaikan Azwan Ali yang korang tak tahu.. (biar betik?)

Rabu, 8 Julai 2015

Kebaikan Azwan Ali
Seorang manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Itulah yang kepada Diva Azwan Ali selepas kontroversi melibatkan dirinya mendapat perhatian ramai. Namun, kesilapan itu juga bakal mematangkan dirinya.

Disebalik mulutnya yang 'laser', lancang dan sifat 'arrogant' yang tertanam di dirinya, ramai tidak menyangka betapa baiknya sebenarnya Diva Azwan Ali ini.

Senarai penuh keputusan ABPBH 2014 (15 gambar)

Isnin, 6 April 2015

Tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam yang diberikan kepacayaan oleh peminatnya dengan undian 265,703 undi dan sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH2014) buat kali ke-3 (2010, 2012) yang berlangsung semalam di Arena of Stars, Genting Highlands.

Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid. -gambar Bharian

Shaarnaz terima maaf dari Fauzi, Lisdawati

Rabu, 4 Jun 2014

Berita baik! Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah menerima permohonan maaf daripada Fauzi Nawawi dan isterinya, Lisdawati bagi kemelut yang melanda mereka pada bulan Februari lalu dimana Sharnaaz telah menyerang Lisdawati atas sebab-sebab tertentu.

Menurut laporan mStar, kenyataan maaf yang dibuat Fauzi dibuat ketika rancangan H!Live pada hari Ahad lalu dan juga laman sosial twitter milik Fauzi.
"Mereka sudah minta maaf. Saya terima. Lagipun tidak perlu saya memohon maaf lagi memandangkan menerusi kenyataan saya sebelum ini saya sudah minta maaf.

"Hati orang, siapa tahu. Saya cuma terima sahaja permohonan maaf itu. Diharap isu ini tidak lagi diperbesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak,"

"Saya pun tidak ada masalah jika akan bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang ini. Terpulang kepada mereka," ujarnya.

Gambar Aznil pergi solat hajat MH370

Selasa, 11 Mac 2014



Dato' Aznil Nawawi dengan rakan rakannya seperti Zahid Af telah bersama-sama pergi ke masjid untu bersolat hajat untuk mencari petunjuk atas kehilangan pesawat MH370. 

Amat terbaik cara Aznil dan Zahid ni, semoga lebih ramai lagi selebriti yang membuat demikian dan juga peminat hiburan tempatan. :)

Pak Nil, Azwan Masa Zaman Muda

Khamis, 23 Januari 2014

Wah bukan main segak lagi melihat kedua-dua selebriti ngetop tanah air, Azwan Ali dengan Datuk Aznil Nawawi ni. Zaman muda-muda mereka dulu rasanya 80-an, rasanya kurang kontroversi sangat, jadi selebriti muda dulu lebih mengutamakan karier berbanding populariti. Tahniah lah kepada kedua insan ini.

Kereta Pak Nil Dihiasi Nama PM

Isnin, 29 April 2013

Semangat betul Pak Nil atau nama sebenarnya, Datuk Aznil Hj Nawawi menyertai konvo untuk PRU13 bagi sokongan tidak berbelah bagi untuk kepimpinan Perdana Menteri, Ybhg. Datuk Seri Najib Razak mengelilingi seluruh semenanjung.

Keretanya berjenama mewah, Toyota Vellfire yang dihiasi nama PM itu jelas membuktikan Pak Nil korbankan masanya untuk membantu jentera BN memenangi 2/3 PRU kali ini. Difahamkan sekarang dalam siri penjelahan ke selatan. -Instagram Pak Nil





Azwan Ali Bertanding PRU-13

Ahad, 3 Mac 2013

Pemgacara yang terkenal kerana beberapa kontroversi yang lalu, Azwan Ali dalam laporan portal mStar baru-baru ini yang dia akan menawarkan diri untuk bertanding Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-13) atas tiket bebas.

Ini adalah impian dan cita-cita pertama seorang selebriti yang sanggup menawarkan diri sebagai calon dalam mana-mana pilihanraya peringkat Kebangsaan mahupun Negeri.

Dan ini adalah bukan omongan kosong atau impian mimpi indah Azwan Ali, namun akan benar-benar terlaksana cuma kerusi mana yang itu belum diumumkan oleh Azwan.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri (Najib Razak)

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” -Azwan Ali.
Agak sukar untuk menilai kenyataan Azwan diatas ni, katanya yang memiliki pengikut, pengaruh dan populariti tersendiri sepertinya susah untuk diterima. Malah menyangkal pula untuk bertanding kerusi Pekan, Pahang. Kah kah.

Lainlah kalau macam Datuk Siti Nurhaliza ker, Datuk Aznil ke, ha yang ini admin percaya memiliki semua itu, sebab dalam PRU juga dana besar dan kos kempen merupakan salah satu faktor kepada kemenangan.

Tahniah! Aznil kini Bergelar Dato'

Sabtu, 2 Februari 2013

Tahniahlah kepada Aznil Nawawi yang telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) bergelar Dato' oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Hari Wilayah Persekutuan semalam, 1 Februari 2013 diusia Aznil yang kini 51 tahun.

Menurut portal mStar lagi, Dato' Aznil tidak kisah dipanggil apa pun asalkan berkaitan dengan namanya terutama sekali nama panggilan popularnya, Pak Nil.
"Tak kisah, panggillah saya apa-apa pun, tetapi biarlah kita menghormati individu yang memberikan anugerah tersebut.

"Bagi saya ini merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada pihak kerajaan yang pernah diterima. Ia sebagai penyuntik semangat untuk saya bekerja lebih keras buat masyarakat menerusi bidang penyiaran yang saya ceburi," Dato' Aznil.

Rumah Aznil Dpecah Masuk, Rugi RM40k

Sabtu, 4 Ogos 2012

Rumah Pak Nil atau Aznil Nawawi di Taman Yarl Kuala Lumpur dipecah masuk penjenayah semalam menyebabkan Pak Nil rugi sebaganyak kira-kira RM40,000. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di rumah. Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa. Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap. -Kosmo
_________________________________

PS: syukurla tiada apa-apa menyebabkan kemalangan jiwa, anda yang mahu pulang kampung, berhati-hati, kunci rumah anda dengan penuh selamat, buat pintu kebal kalau boleh.

Rambut Terbaru Pak Nil, lebih berjiwa muda

Isnin, 26 Mac 2012

Fesyen rambut ke hadapan ni merupakan satu trend baru untuk kaum lelaki. Tapi melihat daripada fesyen ini dikatakan ianya sumber daripada selebriti Korea. Memang tidak disangka sungguh kan, sehinggakan Pak Nil @Aznil Hj Nawawi pun mengayakan rambut sedemikian. Nampak matang dan berjiwa muda sungguh Pak Nil ni. :)

Gambar Gosip Cari

Aznil Nawawi pergi ke Signal Hill

Khamis, 27 Oktober 2011

Signal Hill merupakan tempat yang wajib dipergi ke Sabah. Terutama di bandaraya Kota Kinabalu. Ianya suatu tempat yang menarik dan merupakan satu destinasi pelancongan yang mengasyikkan memandang seluruh bandaraya Kota Kinabalu dari puncak bukit di bandaraya itu. Aznil Nawawi juga teruja apabila pergi ke sana baru-baru ni. Apatah lagi bila datang pada waktu matahari terbenam. :)

Tiara, Aznil terima ugutan bunuh!

Rabu, 12 Oktober 2011

Wah memang hot dan panas ni, sampaikan tak boleh duduk diam, kali ni dua negara berjiran bakal bersengketa. Insyallah lah tidak terjadi lagi disebabkan isu ini. Dipetik dari lama Gua, yang Aznil Hj Nawawi (pengurus) dan Tiara menerima ancaman/ugutan bunuh melalui laman sosial Twitter milik orang Indon, @ZicosIndo. Disebabkan oleh poster teater The Secret Life of Nora yang memaparkan Tiara Jacquelina memakai baju kebaya.

Kata @ZicosIndo menganggap kita dalam usaha mencuri kesenian dengan negara mereka. Lihat Twiiter dia dibawah ni, agak serius, tapi agaknya hanya main-main jerk. Puih. [via]

…but why do you claim the indonesian batik at #thesecretlifeofnora! I will kill u if u dt sto”