Gambar Tunang Black Mentor

Pada: Rabu, 27 Februari 2013
Black Mentor yang dah bertunang dengan gadis bernama Cira Khairi pada 26 Januari 2012 yang lalu kini sudah sebulan usianya dengan status tunang berkenaan.

Pada awalnya Black enggan memberitahu indentiti tunangnya itu namun kini Black sedia berkongsi gambar dia dan tunangnya melalui laman sosial Instagram.
“Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh. Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami. Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram,” - Black sumber mStar.

Tag : , , , ,