Fizz Fairuz Putus Tunang! Kena Tipu!

Pada: Khamis, 21 Februari 2013
Aduhai sudah jatuh ditimpa tangga pula. Inilah yang terjadi kepada pelakon Fizz Fairuz yang dikhabarkan bertunang pada dua minggu yang lalu, kini sudah putus tunang.

Difahamkan bekas tunangnya itu adalah isteri ke-2 kepada seorang ahli perniagaan dimana mereka bernikah di Thailand tidak lama dahulu.

Dengar-dengar Fizz terkena buatan orang dan sebelum itu Almy juga telah menasihati Fizz supaya pergi berubat, namun nasi belum lagi menjadi bubur. Jadi sudah masa tibanya kembali kepada Almy Nadia lah pas ni. Yeah3.

“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut” -Fizz, HarianMetro.
Dan ini kata Almy Nadia yang dipetik di portal mStar semalam.
"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.

"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur,

“Saya hanya menerima takdir dengan reda," -Almy Nadi, mStar.

Tag : , , , , , ,