Julie Woon Sudah Bertunang

Pada: Rabu, 16 Januari 2013
Dikhabarkan yang Julie Woon sudah bertunang, berita ini dipetik portal Gua semalam yang menyatakan bekas kekasih Qi Razali ini memakai cincin di jari manis kirinya. Dan itu memang sah, Julie Woon bertunang pada 25hb Disember yang lalu bersempena dengan Hari Krismas.
"Kami sudah berkenalan kira-kira setahun setengah yang lalu dan pada Krismas tempoh hari,dia telah melamar saya. Ketika itu kami berada di Kota London untuk bercuti selain menziarahi abang saya. Dia telah membawa saya ke 'Parliament Hill' untuk menyuarakan hasratnya itu dan tanpa banyak bicara, saya telah menerima lamarannya itu. Tanpa banyak berfikir atau berbicara, saya terus bersetuju kerana saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya yang terbaik.

"Dia hanya individu biasa yang terlibat dalam bidang pengiklanan. Saya selesa dan gembira ketika bersama dia. Dia seorang lelaki yang cukup memahami serta bijak mengambil hati. Dia sering buat kejutan untuk menggembirakan saya. Malah, dia juga seorang yang pandai memasak,

"Kalau boleh kami mahu berkahwin pada hujung tahun ini. Besar kemungkinan pada Disember. Tetapi kami belum pilih tarikhnya lagi. Tengoklah macamana nanti. Mungkin juga selepas Krismas," ujar Julie

Tag : , , , , , ,