Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Inikah kekasih baru Nelydia Senrose?

Rabu, 24 Februari 2016

Dengar khabar yang Nelydia Senrose dibelikan kereta mewah oleh seorang yang bekerjaya sebagai ahli perniagaan.

Khabar itu dipetik Barian Bpop dimana mereka sudah menjalinkan hubungan sejak Ogos 2015 yang lalu.

Bekas kekasih Qi Razali ini juga tidak menafikan yang dia sudah lama berkenalan denganya sebelum putus cinta dengan Qi Razali.

Nelydia Senrose ke Koh Lipe dengan siapa tu.. (PANAS)

Isnin, 4 Januari 2016

Sebelum ini, Nelydia ada memuatnaik gambar dia pergi bercuti ke pulau Koh Lipe, namun tidak kelihatan gambar Qi dan hanya memberi hint pada gambar itu.

Namun setelah di usha ke Instagram Qi, rupa-rupanya dia pun pergi ke tempat peranginan yang sama dengan Nelydia. Jeng-jeng, kebetulan atau dah kantoi ni.

Nelydia Senrose, Qi Razali sah putus cinta sebab..

Isnin, 5 Oktober 2015

Nelydia Senrose akhirnya membuka mulut mengenai hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali, 38. Dia mengakui, cinta serta kasih yang disulam selama hampir tiga tahun tidak dapat diteruskan selepas masing-masing membawa haluan sendiri baru-baru ini.

Jawapan Qi Razali putus cinta dengan Nelydia Senrose...

Khamis, 3 September 2015


Sebelum ni heboh mengatakan desas desus yang Qi Razali dengan Nelydia Senrose berpisah. Namun bagi Qi Razali dia cukup merasakan ini sesuatu yang melucukan.

Mereka sebenarnya belum lagi berpisah dan masih seperti biasa.

“Hahaha… jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami. Saya harap twit tersebut tidak dispekulasikan. Kalau fikir balik, takkan setiap status di Twitter kita nak buat penjelasan,” jelasnya kepada mStar Online.

Qi Razali, Nelydia Senrose putus cinta? (3 gambar)

Isnin, 31 Ogos 2015

Dengarnya Qi Razali dan kekasihnya, Nelydia Senrose kini dah putus bercinta. Tak pasti pula cerita ini betul, tapi mereka ada menyatakan hint itu di dalam laman sosial mereka masing-masing.

Mungkin hanya kiasan atau benar-benar mereka putus, harap ianya tak terjadi, doakan mereka masih bahagia lagi..

Qi Razali, Nelydia Senrose bakal bertunang tahun ini?

Khamis, 23 Julai 2015

Dengar khabar yang Qi Razali dan Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujang mereka dengan bertunang. Namun tidak diketahui bila dan tarikh mereka melakukan hari bermakna itu.
"Adalah buat sikit-sikit tu. Segalanya masih dalam proses. Insya-ALLAH, jika berkesempatan kami juga akan tengok-tengok cincin nanti,"

"Apa pun kita raya dahulu, selepas itu tengoklah macam mana. Saya tiada niat nak sorok atau buat senyap-senyap, apabila sudah tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," -Qi Razali petikan portal SinarHarian

Gambar Raya Qi Razali, Nelydia 2014 (9 Gambar)

Khamis, 7 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama pasangan kekasih Qi Razali dengan Nelydia Senrose. Dorang masih lagi pasangan kekasih dan buktinya gambar ini menunjukkan Qi beraya ke rumah Nelydia dengan pakaian yang sedondon gitu.

Nelydia, Syazwan ada hubungan intim?

Selasa, 22 Julai 2014

Dengarnya Nelydia Senrose kini intim dengan pelakon baru, Syazwan Zulkifli. Keintiman mereka kelihatan apabila berlakon bersama-sama untuk sebuah telemovie berjudul Ada Apa Dengan Raya.

Ini dibuktikan lagi dimana Syazwan telah memuatnaik gambar keintiman mereka di laman sosial miliknya. Namun hubungan Nelydia dengan Qi Razali tidak lah berakhir lagi, mereka masih bersama-sama.

Mungkin Nelydia intim dengan Syazwan secara professional di dunia lakonan semata-mata. -sumber asal Murai

Gambar Qi Razali Waktu Kanak-Kanak

Jumaat, 30 Ogos 2013

Eh kebanyakkan selebriti yang lahir ni dari kelompok kanak-kanak yang aktif dalam bidang pengiklanan ker. Tak sangka murah rezeki sungguh kan. Mungkin nampak sudah bakat tu dah ada, cuma nak asah je lagi, ni lah bakat-bakat original, meningkat dari tahap bawah. Ni gambar Qi Razali atau Qushairi Razali waktu dia kanak-kanak lagi.

Program realiti, tip top sekejap je popular. Huehue..

Iqram Dinzly Merajuk

Khamis, 7 Mac 2013

Kasihan pula melihat Iqram Dinzly yang dikatakan merajuk akibat dek ditukarkan tempatnya sebagai pengacara melalui program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) kepada Qi Razali.

Namun bukanlah Qi yang mahu merampas kerjaya Iqram itu, namun itu semua adalah rancangan pihak penerbitan program tv itu yang inginkan Qi kembali bersama-sama JJCM
“Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit”

“Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,

“Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP”

“Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja & konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja,” -Iqram

Julie Woon Sudah Bertunang

Rabu, 16 Januari 2013

Dikhabarkan yang Julie Woon sudah bertunang, berita ini dipetik portal Gua semalam yang menyatakan bekas kekasih Qi Razali ini memakai cincin di jari manis kirinya. Dan itu memang sah, Julie Woon bertunang pada 25hb Disember yang lalu bersempena dengan Hari Krismas.
"Kami sudah berkenalan kira-kira setahun setengah yang lalu dan pada Krismas tempoh hari,dia telah melamar saya. Ketika itu kami berada di Kota London untuk bercuti selain menziarahi abang saya. Dia telah membawa saya ke 'Parliament Hill' untuk menyuarakan hasratnya itu dan tanpa banyak bicara, saya telah menerima lamarannya itu. Tanpa banyak berfikir atau berbicara, saya terus bersetuju kerana saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya yang terbaik.

"Dia hanya individu biasa yang terlibat dalam bidang pengiklanan. Saya selesa dan gembira ketika bersama dia. Dia seorang lelaki yang cukup memahami serta bijak mengambil hati. Dia sering buat kejutan untuk menggembirakan saya. Malah, dia juga seorang yang pandai memasak,

"Kalau boleh kami mahu berkahwin pada hujung tahun ini. Besar kemungkinan pada Disember. Tetapi kami belum pilih tarikhnya lagi. Tengoklah macamana nanti. Mungkin juga selepas Krismas," ujar Julie

Yuna 'confirm'kan status dengan Qi di Facebook

Selasa, 8 Mac 2011

Episod cinta diantara penyanyi Indie, Yuna dengan Qi (Qushairi Razali) akhirnya kini sudah terjawab. Apabila Yuna meng'confirm'kan status hubungan cinta mereka berdua di dalam laman sosial Facebook. Seperti biasa, mungkin episod cinta mereka sudah bermula dan berputik. Kita doakan agar mereka berdua berbahagia sahaja. Kalau putus, itu lumrah bercinta sebelum berkahwin. Kalau cinta sampai berkahwin nanti, anggap itu semua sudah tercatat di Lauhul Mahfuz. :)

Yuna, Qi mesra di Shout! Awards

Khamis, 25 November 2010

Tempoh perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan. Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.

Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu cuma mereka berdua rapat sahaja.

Julie Woon dan Qi Bercinta

Isnin, 24 Ogos 2009

Pelakon kontroversi Julie Woon yang juga bekas graduan ekonomi dan perakaunan, akui ada feel dengan pelakon satu drama, 'Blogger Boy', Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali. Kata Julie, Qi nie ada ciri-ciri idaman lelaki yang dia nak. Tapi mereka masih lagi 'sorok-sorok' lagi hubungan tue, tak ketara pada pandangan mata kasar. Almaklumlah artis siapa yang nak ngaku dia mo becinta. Apa-apa pun u'all berdua pandai-pandai lah erk bawa diri tue. Ngeh3.