Pada:
Jumaat, 21 Disember 2012
Walaupun ada orang yang mengatakan dirinya sebagai artis murahan namun Zila tidak pernah tersinggung, kerana itu bukan hak Zila untuk menghukum orang.
“Kalau dulu memang seksi habis. Selagi boleh nampak dan menonjol, selagi itu Zila akan buat, tetapi sekarang sudah kurang sikit sebab watak pun lebih kepada ibu, jadi elemen seksi itu sudah kurangDifahamkan Zila pernah berlakon untuk siaran TV alHijrah, Setia Hujung Nyawa dan dia dikatakan memakai tudung bahkan dirinya juga mengakui bertudung itu menyeronokkan.
“Bila dapat tawaran ini, Zila rasa bangga dan seronok kerana dapat pakai jubah dan tudung. Ia nyata menampakkan kelainan dan itulah yang Zila inginkan.Difahamkan juga Zila pernah menyuntik sesuatu pada wajahnya, dan dia menyesal atas perbuatannya itu.
“Zila tak kisah apa orang nak cakap pasal penampilan. Yang penting suami suka. Kalau Zila bertudung dan bertutup, tetapi hati tak baik dan mulut masih lancang, tak guna juga,” katanya.
“Zila buat muka empat tahun lalu, tetapi sekarang tidak lagi. Memang kini Zila menyesal kerana terlampau mengikut orang. Sekarang, bila Zila tengok balik, wajah Zila dulu lagi cantik,” katanya.
Tag : Al Hijrah , Artis Seksi , Gambar Seksi , Pelakon , Pelakon Seksi , Zila Bakarin


