Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ustaz Don kongsi tips cara didik anak - Wajib Share!

Isnin, 17 April 2017

Perkahwinan Ust. Don yang korang tak tahu..

Selasa, 16 Jun 2015


Gambar Diana Amir mengandung 6 bulan

Rabu, 26 November 2014

Kini usia kehamilan Diana Amir sudah mencecah 6 bulan. Namun Diana bukanlah seorang isterinya yang hamil hanya goyang kaki, tapi seorang yang cukup aktif ketika berbadan dua.

Ini akui sendiri oleh Diana melalui HarianMetro, yang mahu sentiasa aktif untuk mengelakkan..

17 Gambar Diana Amir di Surabaya dan Bali

Khamis, 13 Mac 2014

Diana Amir serta suaminya pergi ke Surabaya dan Bali di Indonesia untuk satu rancangan slot TV al Hijrah berbentuk dokumentari pada minggu lalu.

Mereka ke sana telah pergi ke tempat-tempat menarik peninggalan penyebaran Islam awal kurun ke-19 yang dibawa oleh Wali-wali Allah.

Aisyah Zainal sudah berkahwin

Jumaat, 21 Februari 2014


Aisyah Zainal yang juga mantan kekasih Ally Iskandar sudah selamat menjadi isteri minggu lalu dengan suaminya, Ashrudy (produser TV Al Hijrah).

Majlis berkenaan berlangsung sekitar jam 9 malam di Masjid Besar Alor Gajah. Pihak perempuan menerima wang hantaran bernilai RM16,885 yang diambil bersempena hari lahir Aishah iaitu 6 Ogos 1985.

Gambar Terkini Anak Ustaz Don

Rabu, 29 Januari 2014

Inilah dia gambar terkini anak kepada penceramah dan personaliti tv al Hijrah, Ustaz Don Daniyal dengan isterinya Husna yang kini berusia sekitar 3 minggu. Gambar terbaru ini dikongsikan oleh Ustaz Don di dalam laman sosial Facebook miliknya. Namany anak lelaki mereka ini adalah Don Mustofa.

Tahniah! Ustaz Don Timah Cahaya Mata Sulung

Selasa, 21 Januari 2014

Tahniah kepada pendakwah dan personaliti TV, Don Daniyal yang difahamkan isterinya, Husna telah selamat melahirkan anak sulung mereka kira-kira semalam jam 10.25pm.

Anak itu dikatakan seberat 3.5 kilogram yang disahkan lagi oleh Don di laman Facebook miliknya. Dia dan isteri sekarang berada di Mesir atas urusan menyambungkan pengajian dan akan pulang ke tanah air pada hujung bulan ini.
"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," -Don

Gambar Siti Saleha Bertudung

Jumaat, 20 Disember 2013

Penampilan Siti Saleha bertudung kalau tidak silap memang belum lagi penuh, cuma untuk filem atau drama je, dan rasanya semua orang dah tahu kan.

Namun gadis berusia 23 tahun ini menyimpan niat untuk belajar agama sekaligus memakai tudung penuh kelak. Kali ini Saleha berlakon dalam drama Aku Ada Wali dengan memegang watak sebagai Syumaila yang memakai tudung.

Gambar Finaz Yunus Dengan Askar

Khamis, 18 Julai 2013

Finas Yunus ni memang selalu anda lihat jika buka TV al Hijrah, pastinya dia akan selalu bertugas di bahagian berita atau pembaca berita. Namun tidak disangka, dia juga ada aktiviti luar. Siap dengan abang-abang askar kita tu. Wah tercabar iman abang askar kita melihat kecantikan dan keayuan Finas Yunus. Apa-apa pun selamat bertugas yer abang-abang askar di bulan Ramadan ini. Finaz Yunus dah kahwin pun juga. Hehe.

Gambar Irma Hasmie Terkini

Dah makin berseri-seri pula Irma Hasmie ni setelah melahirkan anaknya, Redza Syah Irfhan. Apatah lagi kini rezeki melimpah ruah begitu, dari pengacaraan di TV al Hijrah sehingga menjadi model beberapa buah butik busana muslimah. Baguslah, semoga berbahagia kehendaknya.

Gambar Ustaz Don dan Isterinya

Khamis, 14 Februari 2013

Pengacara dan pendakwah TV al Hijrah, Ustaz Don Daniyal dan isterinya, Husna yang dinikahkan pada bulan Ogos 2012 yang lalu pastinya ramai peminat yang setia kepada penampilan dan juga rancangan Ustaz Don di kaca TV lebih-lebih lagi rancangan 30 Minit.

Ini adalah beberapa gambar Ustaz Don dan Husna yang telah dimuatnaik dalam laman sosial mereka ketika mereka bercuti dan seumpamanya. Enjoy!

Gambar Erin Malek Bertudung

Rabu, 13 Februari 2013

Pelakon Erin Malek sudah bertudung itu memang sudah pasti. Namun dikhabarkan dia bukanlah bertudung untuk jangka masa panjang, sebenarnya bertudung untuk mempromosikan tudung atau untuk sebuah drama telemovie dalam saluran TV al Hijrah (melalui tagline Instagramnya).

Beberapa keping gambar dia bertudung telah dimuatnaik dalam laman Instagramnya untuk tatapan peminat-peminat beliau.

Suami Suka Bila Saya Seksi - Zila Bakarin

Jumaat, 21 Disember 2012

Zila Bakarin memang pelakon yang dilabel sebagai pelakon seksi. Memetik pada portal Bharian baru-baru ini, Zila dengan pendiriannya yang suka dengan profil seksi tidak memandang hirau kata orang, asalkan dia menjadi dirinya yang sebenar dan tidak menganggu rezekinya dalam dunia anak seni.

Walaupun ada orang yang mengatakan dirinya sebagai artis murahan namun Zila tidak pernah tersinggung, kerana itu bukan hak Zila untuk menghukum orang.
“Kalau dulu memang seksi habis. Selagi boleh nampak dan menonjol, selagi itu Zila akan buat, tetapi sekarang sudah kurang sikit sebab watak pun lebih kepada ibu, jadi elemen seksi itu sudah kurang
Difahamkan Zila pernah berlakon untuk siaran TV alHijrah, Setia Hujung Nyawa dan dia dikatakan memakai tudung bahkan dirinya juga mengakui bertudung itu menyeronokkan.
“Bila dapat tawaran ini, Zila rasa bangga dan seronok kerana dapat pakai jubah dan tudung. Ia nyata menampakkan kelainan dan itulah yang Zila inginkan.

“Zila tak kisah apa orang nak cakap pasal penampilan. Yang penting suami suka. Kalau Zila bertudung dan bertutup, tetapi hati tak baik dan mulut masih lancang, tak guna juga,” katanya.
Difahamkan juga Zila pernah menyuntik sesuatu pada wajahnya, dan dia menyesal atas perbuatannya itu.
“Zila buat muka empat tahun lalu, tetapi sekarang tidak lagi. Memang kini Zila menyesal kerana terlampau mengikut orang. Sekarang, bila Zila tengok balik, wajah Zila dulu lagi cantik,” katanya.             

Rosyam Minta Maaf Kenyataan di ASK

Rabu, 14 November 2012

Terlajak basikal boleh berundur balik, terlajak kata nah kan susah nak undur balik. Itulah yang terjadi kepada Rosyam Nor, apabila membuat satu kenyataan sensasi ketika malam ASK 2012 yang lalu.

Kisah ini mendapat perbualan hangat sehingga ke telinga-telinga kaki facebooker yang mahu mananyakan hal sebenar mengapa timbulnya isu berkenaan oleh Rosyam

Sehinggakan yang arif soal agama membidas kenyataan Rosyam itu. Namun Rosyam menyatakan dalam harian metro baru-baru ini yang kenyataan itu adalah skrip buatannya sendiri dan bukan dari pihak penganjur.

Namun Rosyam telah pun meminta maaf jika ada pihak tersinggung dan dia tidak berniat memperkecil stesen TV Alhijrah atau TV3.
“Ketika saya menyebut stesen TV Alhijrah, maksud saya ialah stesen itu mengangkat lakonan mengikut landasan Islam. Begitu juga, sepatutnya Snow White dicium sebelum saya tersedar dan katakan ini Malaysia bukan Amerika (Syarikat),”

Bukan niat saya mahu mempersenda mana-mana stesen televisyen tapi menyampaikan maksud jelas mengenai peraturan stesen TV dan mengangkat Gagasan 1Malaysia. Mesej saya untuk karyawan seni tempatan supaya memahami peraturan stesen TV itu sendiri. Begitu juga saya menyelitkan mesej antara saya dengan orang kerdil iaitu jika saya sumpah kami menjadi tinggi, orang kerdil itu menjawap, saya takut lupa diri." kata Rosyam

Pertunangan Diana Amir Dirahsiakan?

Isnin, 24 September 2012

Pada tarikh 21hb September yang lalu, berita Diana Amir bertunang dengan seorang yang berprofile sebagai Ustaz sudah tersebar luas di media-media tempatan dan juga blog-blog hiburan. Berita ini dikatakan tersebar akibat dek saling balas-balas Twitt di laman Twitter milik Diana Amir.

Diana Amir tidak memberikan sebarang komen mahupun penghebahan berita ini kepada umum terhadap pertunangannya itu. Tidak tahu kenapa dia berbuat demikian, namun akhirnya orang dalam juga yang menghebahkannya, dan yang pasti kita juga berkongsi berita kegembiraan ini bersama.



Ustaz Don, Husna Tunaikan Solat Sunat Selepas Ijab Kabul

Rabu, 29 Ogos 2012

Baru digelar penganti baru, Ustaz Don semamngnya suka memberitahu kita mengenai cara dan juga kebaikkan yang kita sendiri tidak tahu laksanakannya, terutamanya dalam solat. Ketika waktu perkahwinnya dengan Husna minggu lalu, Ustaz Don ada mengerjakan solat Sunnah selepas Ijab Qabul. Dan itu mendapat perhatian ramai, apatahlagi Ustaz Don seorang yang alim tapi kelakar.

Dan ini adalah satu-satunya yang jarang berlaku ketika selepas suami isteri diijabkabulkan. Maka selepas ini anda yang mahu berkahwin ikut cara sunnah dan hikmah bukan mengikut adat dan resam, amalkan lah untuk melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri ini.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam (bergantung kepada doa yang anda ingat, yang ini paling afdal):

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...

Credit to Photoline Creative Studio

Gambar Resepsi Ustaz Don & Husna

Selasa, 28 Ogos 2012

Beberapa hari yang lalu pengacara dan juga pendakwah, Ustaz Don telah diijabkabulkan oleh pasanganya, Husna. Dan pada hujung minggu yang lalu, pasangan ini diraikan untuk majlis resepsi. Ramai orang yang hadir, biasalah dah masyuk dan terkenal di TV alHijrah, siapa tak kenal dah. Apa-apa pun tahniah segalanya berjalan lancar dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. -gambar Artmosphere Photography

Gambar Pernikahan Ustaz Don

Jumaat, 24 Ogos 2012

Syukur Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu terucap apabila pengacara TV, Ustaz Don Daniyal selamat diijab kabulkan menjadi suami isteri yang sah dengan pasangannya, Husna baru-baru ini. Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh sanak saudara rakan-rakan kedua-dua pihak. Ustaz Don masih mengekalkan imej berjubah sepertimana kelibatnya di kaca-kaca TV.

Dan ini kata-kata Ustaz Don yang sempat di rakam..
"Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin"