Siti Fazurina Jawab Isu Kahwin Lari

Pada: Rabu, 26 Disember 2012
Berita sensasi yang tersebar yang mengatakan pelakon Siti Fazurina kahwin lari pada post yang lalu, kini telah terjawab. Apabila pelakon ini tampil baru-baru ini di di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru dengan membuat sidang media bersama-sama suaminya serta keluarga kedua-dua pihak untuk menjawab persoalan yang ada bagi membersihkan imej dan maruahnya saat ini.

"Saya mohon isu perkahwinan ini tidak perlu diperbesarkan lagi selain memohon ampun dan maaf di atas apa yang berlaku dan mendoakan yang terbaik untuk diri saya dan suami," 

"Sebelum ini saya pernah menemui ibu untuk berbincang selain memohon restu untuk kami berkahwin, sebaliknya ditolak dan hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi. Namun sebagai anak, saya amat berharap perkahwinan ini direstui keluarga dan tiada lagi tohmahan atau tuduhan mengenai kahwin lari sebaliknya tanpa restu keluarga sahaja.

"Sebagai anak saya benar-benar tahu perasaan ibu yang 'kecil hati' apabila bertindak begini kerana saya tidak mempunyai pilihan dan inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik, dan kami kini sah menjadi suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,
                        
"Saya berharap semua akan mendoakan kebahagiaan kami berdua dan Insyallah saya akan mengadakan majlis resepsi di pihak perempuan pada 9 Februari depan di Pearl Island, Bayan Lepas dan berharap semua ahli keluarga dapat hadir beramai-ramai," katanya Fazurina. -sumber
 

Tag : , , , , , ,