Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Neelofa kirim barang ke Israel.. pengikut kritik..

Jumaat, 5 Februari 2016


Neelofa kirim barang ke Israel, peminat bergaduh

Gara-gara memuatnaik gambar resit pembelian tudung di Instagram, peminat berbalah di laman sosial tersebut kerana tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Neelofa.

Reaksi berbaur itu kemudiannya mengundang perbalahan. Dasar banyak masa kosong betul masing-masing lapor sebuah blog.

Neelofa sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau mungkin malas mahu melayan kerenah keyboard warrior yang tidak henti-henti mencari kesalahan orang lain.

Mawi ke Palestin tapi gerun bila melihat... (6 gambar)

Isnin, 3 Ogos 2015

Baru-baru ini Mawi ada pergi membuat lawatan ke Palestin dan Israel kemungkinan atas kunjungan misi kemanusian. Selain itu Mawi sempat pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti masjid Al-Aqsa dan masjid Buraq.

Bahkan sehinggakan Mawi merasa terkejut dan gerun kerana ada seorang pemuda bersenjata M16 berkawal di pasar sekitar sana.

Syamsul bidas kenyataan dari seorang Ustaz

Jumaat, 8 Ogos 2014

Syamsul Yusof adalah seorang pengarah filem yang tegas, jadi bab perang di Gaza, dia juga adalah orang yang tegas di didalam isu berkenaan.

Dikhabarkan Syamsul membuat satu kenyataan di laman sosial miliknya untuk membidas seorang kenyataan ustaz yang mendakwa tiada syahid di Gaza

Pelbagai maklumbalas dari peminatnya dikemukankan, kebanyakkannya menyokong Syamsul.

Soal Syahid atau tidak, rasanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Yang pentingkan doakan yang terbaik untuk warga/saudara kita di GAZA!


Gambar Nabila, Kiesha Kini Stabil

Sabtu, 28 September 2013

Pada 8 September yang lalu, mencatatkan detik hitam buat Nabila Huda apabila kenderaan yang dinaikinya terbabas dan terbalik, melibatkan dia dengan anak kandungnya Kiesha.

Kini sudah 2 minggu berlalu keadaan mereka berdua bertambah stabil. Dan semakin ceria di hari-hari berikutknya. -Instagram Kupu_kupu

Yatt Hamzah ke Gaza

Rabu, 27 Mac 2013

Gaza bukan tempat destinasi percutian yang boleh dianggap selamat kerana terdapat ancaman daripada Israel Laknatullah pada bila-bila masa. Namun Gaza juga boleh dianggap tempat selamat jika kita berani menjejakkan kaki ke sana. Seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan beberapa golongan selebriti sebelum ini. Dan yang terbaharu adalah pengacara, Yatt Hamzah yang dalam perancangan akan pergi ke Gaza pada 25 Mac sehingga 1 April ini bersama-sama ahli keluarganya. Untuk misi kemanusian bukan untuk bercuti-cuti.

“Selepas mengikuti kelas Usrah Fitrah, banyak mengajar saya pengertian sebenar tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

“Daripada situ juga, saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat ketika dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,

"Ini kali pertama saya membawa mereka bersama, jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi ALLAH, selamat pergi dan pulang." -Yatt, MediaHiburan

Gambar Fara Fauzana di Gaza!

Sabtu, 16 Februari 2013

Memang tak ramai selebriti yang berani menjejakkan kaki ke tanah Palestin sebagai satu bentuk sokongan dan juga menunjukkan yang selebriti kita mempunyai kesedaran terhadap saudara segama di Pelestin.

Tidak ketinggalan Fara Fauzana seorang deejay untuk radio Hot Fm yang selalu kita dengan celotehannya berjenaka dan tawa riang yang berani memijakkan kaki ke Palestine lebih-lebih lagi ke Gaza akhir bulan Januari yang lalu dalam tempoh seminggu bersama rombongan Nona.

Ini semua adalah untuk satu slot khas rancangan Nona pada 24 Februari 2013, jam 2 petang di TV3. Dan ini petikan melalui portal MalaysiaDigest.com untuk kenangan dan saat Fara berada disana.

"Kami pergi melalui Mesir ke Rafa dan terus ke pintu Gaza. Jujur, sewaktu itu memang jantung berdebar dan saya tak tenang sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi sebelum kami sampai, kami perlu melalui banyak sekatan dan checkpoint.

"Sebelum pergi ke sana lagi, saya banyak baca artikel yaang menceritakan penderitaaan dan kesusahan hidup mereka. Tapi bila sampai di bandar Gaza, rasa macam jejakkan kaki ke satu tempat yang penuh dengan ketenangan dan penduduknya sangat kuat semangat. Padahal sewaktu saya datang tu, baru dua bulan bandar mereka dibedil,

"Melihat penduduknya yang menjalani kehidupan seperti biasa, saya jadi sangat kagum dengan semangat mereka. Saya bawa baju kalis peluru, mulanya memnag niat nak pakai tapi saya tak pakai pun. Selain, penduduk-penduduk di sana sangat mengalu-alukan kedatangan orang Malaysia. Bendera kita ada di mana-mana sahaja ,

"Saya sempat pergi ke satu kawasan di tengah bandar Gaza. Kawasan itu adalah kawasan bekas dibom, akibatnya terdapat satu kawah besar dan dalam.

"Dan bila saya menemuramah seorang individu, dia bercerita dengan penuh redha memberitahu yang ahli keluarganya terkorban akibat letupan bom. Saya menangis dan dalam masa sama saya sangat kagum dengan semangat dia.

"Bahkan baik yang dewasa mahupun kanak-kanak, mereka menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tahu mereka sedang diperhatikan oleh tentera Israel malah bila-bila masa saja mereka boleh di serang.

"Hotel saya mengadap laut dan bilik saya di tingkat sembilan. Masa waktu pagi, tengah bersiap untuk memulakan penggambaran, tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan rambang bertalu-talu. Saya buka tingkap, lagi dengar kuat tembakan.  Salah seorang daripada kami terus memberikan arahan agar meniarap.

"Tak berapa lama kemudian kami dimaklumkan rupanya bunyi tembakan itu sebenarnya oleh tentera Palestin yang sedang menjalankan latihan. Saya tak boleh bayangkan kalau ianya dalam situasi benar-benar di serang. Gerun sangat. Sewaktu meniarap tu pun, tiada apa yang saya mampu fikirkan kecuali mati,

"InsyaAllah, saya memang simpan niat nak pergi ke sana pada masa akan datang dan nak hulurkan bantuan. Kali ni kalau saya pergi saya nak bawa ahli keluarga saya seperti abang atau sepupu saya. Malah bila mereka mendengar saya bercerita, mereka juga teruja dan bersemangat nak sama-sama membantu saudara seislam kita yang berada di sana," Fara.


Shila Amzah Makan McD, Ramai Boikot

Selasa, 1 Januari 2013

Gambar di bawah adalah gambar Shila Amzah yang di yang postkan oleh Forum Cari yang sempat diambil gambar di Facebook milik Shila Hamzah ketika dia berada di tempat makanan segera MCD yang berada di Lapangan Terbang.

Gambar ini terdapat lebih banyak pengomen yang peka dengan pemboikotan produk Israel.  Difahamkan Shila baru selesai untuk konsert amal untuk Palestin. Klik untuk besarkan. Nak lagi, baca kat Facebook Shila



Gambar Afdlin Shauki di Gaza

Jumaat, 7 Disember 2012

Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.

Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.
"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya
Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu. -sumber

PS: Malam ini MaharajaLawak Mega, kumpulan Boboi tiada kelibat Afdlin.

Gambar Wardina di Masjdil Aqsa

Sabtu, 21 Julai 2012

Gambar ni sebenarnya sudah lama dalam 2 bulan yang lalu, namun melihat daripada gambar ini, pastinya ada yang mahu melihat kesungguhan Wardina, rakyat Malaysia yang rasanya selebriti wanita pertama menjejaki ke tanah Palestin iaitu di Masjidil Aqsa dan Masjid Qubbat as-Sakhra di Baitulmaqdis.

Atas program apa yang itu admin kurang pasti, yang pastinya keberaniannya harus dicontohi oleh orang ramai, bukan mudah nak masuki kawasan ni, lebih-lebih lagi kawalan ketat oleh tentera kapir, Yahudi yang menguasai seluruh kawasan Masjid Aqsa. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin. -gambar milik Wardina Safiyyah OfficialPage