Anak Kandungan Ayu Raudhah, Lelaki.!

Pada: Sabtu, 22 Disember 2012
Ayu Raudhah dijadualkan akan  bersalin pada bulan April 2013 tahun depan. Isteri kepada Zaquan Adha ini yang hamil 6 bulan bakal menimang anak lelaki sulung mereka setelah sekali mengalami keguguran sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya dah pergi ‘scan’ kandungan dan doktor sahkan lelaki. Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki. Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna.
       
“Kalau suami mahukan anak perempuan juga, mungkin untuk anak kedua atau ketigalah pula. Insya-Allah, dengan izinnya,

“Alhamdulillah, setakat ini, kandungan dan kesihatan saya tiada masalah. Cuma, sejak mencecah usia enam bulan ini, berat badan semakin naik. Tapi, tak ada mendadak sangat. Cuma, saya semakin mengah dan cepat penat. Jalan sikit saja, dah termengah-mengah. Sebab itulah, di awal kandungan, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan.
       
“Saya ingin memastikan, tiada kemudaratan pada kandungan dan saya sendiri kerana saya pernah keguguran akibat terlalu banyak bekerja. Bila dah bersalin nanti, saya akan kembali aktif dalam lakonan,” kata Ayu. -Sumber

Tag : , , , , , ,