Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fahrin ke Manchester, pesan sweet kat isternya.. (8 gambar)

Jumaat, 22 April 2016


Fahrin Ahmad kini berada di Manchester, England bagi menjayakan program Mencari Ramli Musim kelima. Namun pun begitu, Fahrin dan isterinya, Elena Hani Eleas, yang hamil tiga bulan terpaksa berjauhan buat sementara. Namun Fahrin ada membuat kenyataan sweet di Instagram miliknya

TMJ guna 'haha' untuk kenyataan rasmi

Sabtu, 14 Februari 2015

Apabila TMJ Guna`Haha’ Dalam Kenyataan Rasmi

Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan perkataan `haha’ yang sering digunakan oleh masyarakat sebagai ayat ketawa dalam kenyataan rasmi baginda semalam.

TMJ menggunakan ayat itu sewaktu membuat kenyataan terhadap pihak yang sentiasa memandang negatif terhadap pembangunan bola sepak Johor termasuk yang gembira dengan kekalahan Harimau Selatan dalam aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) baru-baru ini.

Fahrin tidak minat dating tapi minat..

Selasa, 15 Julai 2014

Mungkin korang akan menilai Fahrin adalah seorang yang pentingkan kerjaya berbanding dunia cintanya. Ye la, nak lihat Fahrin mempunyai teman wanita, rasanya masing asing lagi buat kita.

Ini diakui lagi oleh Fahrin sendiri melalui kenyataannya di sisipan Bharian Ahad lalu. Dimana kerjayanya sebagai pengacara/host TV telah membuatkan kesibukan buat dirinya.

Di dalam dunia bola sepak, Fahrin kini lebih aktif memawancarakan sebuah rancangan berkaitan dengannya, sebagai pengulas. Piala Dunia 2014 Brazil yang lalu adalah ujian pertama temasya terbesar buat Fahrin di dalam dunia host sukan.

Mungkin selepas ini muncul untuk menjadi pengulas edisi Piala Malaysia 2014 di RTM. Mungkin minatnya terhadap bola sepak mendorong beliau terus menjadi pengacara yang disegani ramai.

Bahkan Fahrin mengakui yang dia memilih 'bola' daripada aktiviti sosial seperti dating dengan teman wanita jika dia bercinta.

Maka harus diingatkan, bakal kekasih/isteri nya nanti harus memahaminya kelak. Keke.

Gambar bakal isteri TMJ?

Sabtu, 5 Julai 2014

Heboh memperkatakan dimana ada sekeping gambar yang beredar di laman sosial menampilkan Tunku Ismail (TMJ) dengan seorang wanita bernama Khaleeda (kanan berbaju putih) yang berusia lingkungan 20-an ketika berada di satu perlawanan bola sepak tempatan.

Difahamkan menurut laporan BHarian, TMJ akan melangsungkan perkahwinannya pada Oktober tahun ini. Ianya dibuktikan lagi dengan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial.

Surat edaran itu turut menyatakan nama bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor. Namun buat masa ini belum ada kenyataan rasmi mengenai hal ini.

Menjadi persoalan sekarang kemana hubungan TMJ dengan Nur Fazura ek?

Farish Aziz ke Brazil tengok Piala Dunia (gambar)

Isnin, 16 Jun 2014

Semasa pembukaan Piala Dunia 2014 Brazil beberapa hari lalu, pelakon, Farish Aziz telah terbang ke Brazil untuk menyaksikan sendiri perlawanan pembukaan temasya paling berprestij itu.

Memang tak dinafikan Farish merupakan seorang yang Kaki Bola mengalahkan semangat mana-mana penyokong tempatan.

Tiket kena sana rasanya nak lebih RM10,000 lebih belum lagi penginapan. huhu. -gambar portal Murai

'Kau ni.. Bodoh Betul La' - Jep Sepahtu

Khamis, 3 April 2014

Memetik portal Kosmo!, pelawak terkenal dan disukai ramai, Jep Sepahtu dikatakan telah membuat hal. Ianya bermula daripada seorang peminatnya yang menghantarkan email menyatakan rasa luahan kesal terhadap Jep.

Kejadian berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.

Ketika itu, si peminat ni nak mengambil gambar dengan Jep, tapi ditolak oleh Jep dengan kata-kata yang kesat sekali
“Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.” -Jep
Malah ramai lagi yang menyaksikan kejadian ini, si peminat rasa cukup sedih dan terkilan..

13 Gambar Qi, Nelydia ke London

Jumaat, 7 Februari 2014

Isu adegan mesra diantara Sharnaaz Ahmad dengan kekasih Qi Razali, Nelydia Senrose yang tidak ada kata putusnya lagi, namun baru-baru ini Qi Razali dan Nelydia Senrose telah pergi bercuti ke kota raya London untuk membuktikan hubungan mereka masih lagi kuat dan teguh berdiri.

Mereka ke sana juga untuk menyaksikan kelab kesayangan Qi Razali beraksi iaitu Arsenal FC.Memang cantik Nelydia ni, untung Qi. Hehe

Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin!

Rabu, 13 November 2013

Dengarnya Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan berani di dalam laman Twitter miliknya yang mana keberanian Siti menegur Menteri Belia Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Teguran Siti agak pedas juga apabila dibaca, teguran positif bersifat pribadi itu disebabkan tindakan YB yang terlalu lantang dan seakan biadap dengan pemimpin yang lebih senior.

Gambar Siti Nurhaliza Perlawanan Piala Malaysia 2013

Khamis, 7 November 2013

Ni lah gambar Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid ketika perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2013 dimana negeri kelahiran Siti, Pahang menentang Kelantan. Dimana menyaksikan Pahang menang tipis 1-0 kepada Kelantan.

Yusry, Lisa Pilih Red Warrior

Jumaat, 25 Oktober 2013

Perlawanan separuh akhir 2 Piala Malaysia 2013 diantara Kelantan vs ATM akan berlangsung tak lama lagi. Dan pastinya seleberiti juga tidak ketinggalan untuk meletakkan harapan dan sokongan terhadap team kesayangan mereka.

Lisa Surihani yang menutup kepalanya dan suaminya, Ahmad Yusry memilih Kelantan dalam meneruskan perjuangan team itu untuk menjadi juara Piala Malaysia nanti. Meh tengok video sokongan dari Lisa dan Yusry.

Emma Maembong Sindir JDT

Isnin, 7 Oktober 2013

Pada hari Sabtu yang lalu, satu perlawanan suku akhir ke-2 diantara Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) telah berlangsung dimana Kelantan membenam JDT dengan 6-1 dan sekaligus agreget 8-5 membawa pasaukan Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia.

Namun Emma Maembong ada post satu artikel menarik di laman sosialnya menurut portal Cari. Boleh rujuk gambar diatas. Gara-gara tindakan Emma ini, dia dikecam hebat oleh fan JDT di laman sosial mereka. Difahamkan, post itu sebenarnya sudah ada sebelum Emma post di laman sosialnya. Dan Emma sudah 'remove' post itu kerana tidak menimbulkan banyak spikulasi lagi.

Johan Bangsat! Lawak Bodo!

Rabu, 28 Ogos 2013

Isu menghina pasukan bola sepak Sarawak pada minggu lalu oleh deejay radio swasta dikecam hebat oleh orang-orang Sarawak. Bahkan ada juga memberikan ancaman bunuh dikeluarkan.

Namun Johan Raja Lawak sudah pun meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini. Sebelum ini dikhabarkan yang deejay itu didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Cinta Fazura dan Anak Sultan Berputik Semula?

Isnin, 17 Jun 2013


Memetik sumber portal Murai semalam, yang Fazura dahulu sudah putus cinta dengan seorang anak Sultan yang dikenali ramai, tak mahu disebut namanya nanti korang tahu-tahu lah sendiri ok.

gambar lama di antara Fazura dengan T** di Singapura

Tapi itu kisah dahulu, kini dengar cerita yang mereka berdua sudah bertaut kembali. Auch romantik sungguh. Dengarnya lagi, kisah mereka bersama semula setelah diadakan satu perlawanan bola sepak diantara team 'mana' dengan team 'tak tahu' pada awal bulan Jun ini. Ha teka jangan tidak teka.. Gambar dah ada buat klue.

Gambar Anak Ayu Raudhah, Zaquan

Isnin, 1 April 2013


Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh 29 Mac 2013 lalu bersamaan dengan kelahiran anak sulung Irma Hasmie.

Disamping itu suami Ayu, Zaquan juga turut berada disamping beliau ketika bersalin dengan kelihatan sungguh teruja menjadi seorang ayah dan sentiasa mengemaskini perkembangan kelahiran anak sulung mereka di laman sosial.

Turut bersama kembar Zaquan, Aidil Zafuan juga bersama dengan mengajar cara mendukung bayi berkenaan. Walaupun lambat untuk dua hari yang berlalu, apa-apa pun tahiniah diatas perkhabaran baik ini.

Aidl Tidak Sayang Rita, Rita Sayang Aidil

Selasa, 26 Februari 2013

Mohd Aidil Zafuan yang juga suami kepada Rita Rudaini membuat permohonan cerai dengan menyatakan yang dia sudah tidak sayangkan Rita Rudaini lagi mengikut portal GUA bagi menjawab soalan Hakim Syarie samaada Aidil masih menyayangi Rita atau sebaliknya yang berlangsung menyelesaikan kes penceraian mereka berdua di Mahkamah Syariah Seremban.

Kes ini terpaksa sekali lagi ditunda kepada 8 Mac kerana Rita tidak bersependapat dengan Aidil, dengan menyatakan..

“Selagi dia masih suami saya, saya tetap sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya,” ujar Rita. 
Namun melihat Aidil sepertinya sudah malas dan enggan meneruskan perbincangan kes rumahtangga dengan Rita memandangkan dah banyak kali turun naik mahkamah dengan tiada jalan penyelesaian dapat dibuat.

Remy Ishak Bermain Futsal

Rabu, 26 Disember 2012

Gambar dibawah adalah gambar sempena Remy Ishak dan Henry Golding berada di Sport Planet, Damansara untuk bermain futsal Cabaran Skor Dashing Futsal Neon. Mereka ni diantara selebriti yang hadir, memang ramai juga pesaing mereka yang mahu sama-sama merebut hadiah sehingga bernilai RM20,000. Dan pemenangnya adalah team Brabus UTD. -gambar Budiey

Anak Kandungan Ayu Raudhah, Lelaki.!

Sabtu, 22 Disember 2012

Ayu Raudhah dijadualkan akan  bersalin pada bulan April 2013 tahun depan. Isteri kepada Zaquan Adha ini yang hamil 6 bulan bakal menimang anak lelaki sulung mereka setelah sekali mengalami keguguran sebelum ini.
“Alhamdulillah, saya dah pergi ‘scan’ kandungan dan doktor sahkan lelaki. Saya memang seronok bila dapat tahu jantina bayi kerana memang saya mahukan anak lelaki. Tapi, suami lebih teringin anak perempuan. Bagi saya, tidak kisah perempuan atau lelaki, yang penting adalah didikan yang sempurna.
       
“Kalau suami mahukan anak perempuan juga, mungkin untuk anak kedua atau ketigalah pula. Insya-Allah, dengan izinnya,

“Alhamdulillah, setakat ini, kandungan dan kesihatan saya tiada masalah. Cuma, sejak mencecah usia enam bulan ini, berat badan semakin naik. Tapi, tak ada mendadak sangat. Cuma, saya semakin mengah dan cepat penat. Jalan sikit saja, dah termengah-mengah. Sebab itulah, di awal kandungan, saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan.
       
“Saya ingin memastikan, tiada kemudaratan pada kandungan dan saya sendiri kerana saya pernah keguguran akibat terlalu banyak bekerja. Bila dah bersalin nanti, saya akan kembali aktif dalam lakonan,” kata Ayu. -Sumber

Gambar Majlis Ulang Tahun Leuniey oleh Apek

Sabtu, 10 November 2012

Hari semakin hari bakal menanti untuk majlis pertunangan pasangan selebriti sukan bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular dengan gelaran apek dengan Leuniey.

Yang terbaru mengenai mereka berdua adalah ketika menyambut sambutan hari ulang tahun Leuniey dengan kejutan yang dilakukan kekasihnya, apek ketika itu. -gambar Budiey.com

Maya Karin Sambut Harijadi di Gunung Nepal

Ahad, 30 September 2012


Dihujung minggu ni, apa kata kita rehatkan minda dan sekali sekala membaca kisah menarik daripada pelakon, Maya Karin yang berkongsi pengalamannnya pergi ke pelbagai tempat-tempat menarik.
Pada bulan depan dia akan ke Nepal bercuti sekaligus meraikan ulangtahun Maya di puncak gunung bersama bapanya, Gottfried Roelcke, 72. Mereka akan menghabiskan masa selama 10 hari di sana dan merancang untuk mendaki salah satu gunung yang popular di negara tersebut.
"Bapa saya memang dah lama ajak saya daki gunung di sana cuma sebelum ni saya tiada masa. Kali ni bila saya kata okay, dia gembira sangat. Kami akan mendaki gunung, empat hari naik, empat hari turun.

"Kami akan berada di sana selama 10 hari. Kalau tahun lalu saya sambut hari jadi di Australia, tahun ni nampaknya saya sambut di gunung Nepal lah pula"

sebelum mendaki) saya akan ke bercuti di Bali. Lepas tu balik KL sekejap kemudian ke Singapura kerana diundang jadi hos E! News Asia bersama Dom (Dominic). Sebelum ni pernah juga saya dijemput jadi hos bagi menggantikan Marion Counter. 

Okay lah, seronok sebab pergi bercuti, membeli-belah dan sambil-sambil tu buat job sikit, kemudian balik KL", katanya. -Via
ketika berada di F1 Singapura

ketika Euro 2012 yang lalu di Stadium Ukraine

Tuntutan Aidil macam budak-budak - Rita Rudaini

Jumaat, 18 Mei 2012

Rita Rudaini menyifatkan tuntutan nusyuz yang dituntut Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah pada hari Rabu lalu sebagai kelakar dan macam “budak-budak”. Rita geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

“Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,” kata Rita.
Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah PJ, Aidil Zafuan menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka. baca lagi...