Pada:
Isnin, 24 Disember 2012
Tak dinafikan admin juga pernah 3 kali di saman speed trap @ AES ni, bulan 9, 10 dan 11 kerana lebih darpada 90km/j memandu. Yang malangnya, hanya bulan 11 sahaja di hantar surat, yang bulan 9 dan 10 tidak diberitahu, itu pun diberitahu setelah membayar saman untuk bulan 11 di kaunter pejabat pos. Kita kalau dah tahu yang awal kena saman, kita tak kan buat lagi kan untuk seterusnya. Memang malang sungguh sistem saman ni. Kadang-kadang papan tanda had laju juga tidak di pamerkan.
Baru-baru ini memetik blog parti politik, MiloSuam, ramai penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan bangunan Sri Pentas, Tv3. Nak nyatakan surat memorandum mengesa tv3 dan wartawannya, Mazidul Akmal Sidek memohon maaf merujuk kepada portal malaysiakini.com/news/217294
Malah bukan itu sahaja, ada juga poster memboikot TV3, Kami Bukan Pelesit dan Tolak AES. Pelawak, Zizan Razak juga turun padang memberikan sokongannya terhadap kumpulan ini untuk membantah AES. Pastinya kebanyakkan rakyat di Malaysia akan membantah sistem ini di bawah perlaksanaan saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES).
Kesimpulannya, belilah basikal okey, kereta mahal-mahal dan sport2 rasanya tiada guna juga. Zzz
Tag : AES , Berita Artis , Mazidul Akmal , Pelawak , Politik , Saman , TV3 , Zizan Raja Lawak


