Shaheizy Sam Kawan Rapat dengan Syatilla Melvin

Pada: Jumaat, 16 November 2012
Episod atau cinta diantara Yana Samsudin dnegan Shaheizy Sam rasanya dah macam terkubur la pula. Tapi tidak tahu cinta mereka betul-betul atau sekadar kawan rapat je kan.

Terbaru Sam dikaitkan dengan pelakon baru, Syatilla Melvin (21 tahun) yang juga finalis Dewi Remaja 09/10 yang cukup manis. Mereka berdua dikatakan rapat sejak setahun yang lalu.

Sam akui selesa dengan Syatilla  namun belum terfikir untuk menjadikan hubungan rapat itu sebagai hubungan yang serius lagi buat masa ini
“Saya selesa berkawan rapat dengan dia kerana sikapnya yang memahami. Dia tidak pernah bertanya itu dan ini mengenai kerja saya kerana dia faham dan sokong apa yang saya lakukan.

“Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal,
“Maaf, saya tidak dapat komen sejauh mana rapatnya hubungan saya dan Syatilla. Cukuplah, saya katakan kami berkawan." kata Sam. -mStar

Tag : , , , , , , ,