Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Shaheizy Sam dedah kenapa enggan tayang muka dan nama anak
Isnin, 29 Mei 2017
Shaheizy Sam masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya yang dilahirkan oleh isteri beliau, Syatilla Melvin pada 9 Mei lalu.
Bagaimanapun Sam memberikan 'hint' dimana dia membuka rahsia nama anaknya dengan mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.
Bagaimanapun Sam memberikan 'hint' dimana dia membuka rahsia nama anaknya dengan mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.
"Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu.
"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya," katanya memetik mStarOnline
Syatilla Melvin selamat melahirkan anak sulung TAPI
Syatilla Melvin selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 10 pagi Selasa, semalam. Bayi sulung tersebut dilahirkan di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur
Shaheizy Sam menerusi laman sosial Instagram menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan itu.
Shaheizy Sam menerusi laman sosial Instagram menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan itu.
"Alhamdulillah, terima kasih atas dia yang baik-baik daripada anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?," tulis Sam.Sementara itu, ibu kepada aktor berkenaan iaitu Khaty Fauziah turut meluahkan rasa gembira apabila kedua-dua ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan selamat.
"Alhamdulillah, selesai sudah... hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki. Tahniah anakandaku," ujarnya SyatillaTapi buat masa ini mereka belum bersedia untuk menunjukkan muka bayi berkenaan kepada umum
Sam, Syatilla enggan 'jual anak'!
Selasa, 25 April 2017
Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi. Namun, Sam dan Syatilla mengambil pendekatan untuk tidak mahu “menjual” anak mereka itu nanti demi mencari populariti dan hak eksklusif untuk sesebuah rancangan televisyen.
Dalam pada itu, Sam dan Syatilla juga tidak akan membuka satu akaun Instagram khas buat anak mereka seperti selebriti lain. Segala perkembangan dan aktiviti anak mereka akan dikongsikan hanya melalui laman sosial mereka sendiri.
Hm, siapa artis yang 'menjual anak' mereka sebelum ini?
"Kalau ada pasangan selebriti yang menjual hak eksklusif anak mereka ketika waktu lahir, saya dan isteri tidak berhajat sebegitu. Rasa macam tak seronok pula bunyi “menjual” macam itu. Biarlah secara semula jadi sebab selama ini pun kami tidak pernah lokek untuk berkongsi cerita tentang perkembangan di laman sosial. Tak ada apa yang hendak disembunyikan.
Lagipun sebagai golongan artis, sudah pastilah peminat nak mengetahui apa yang terkini. Apabila kita “menjual” hal membabitkan anak, itu bermakna kita sudah mengehadkan sesuatu. Jadi jalan paling mudah, baik tak payah “menjual” kepada mana-mana pihak." kata Sam kepada portal Utusan
Dalam pada itu, Sam dan Syatilla juga tidak akan membuka satu akaun Instagram khas buat anak mereka seperti selebriti lain. Segala perkembangan dan aktiviti anak mereka akan dikongsikan hanya melalui laman sosial mereka sendiri.
Hm, siapa artis yang 'menjual anak' mereka sebelum ini?
Perkembangan terkini kandungan Syatilla, jantina kandungan?
Rabu, 28 Disember 2016
Menghampiri lima bulan usia kandungan, pelakon Syatilla Melvin mula berehat dan tidak melakukan kerja berat. Isteri Shaheizy Sam itu juga mengakui tidak berdepan masalah sepanjang proses kehamilan, termasuk mengidam benda yang bukan-bukan.
Mengenai jantina, jelas Syatilla, beliau dan suami tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan. Namun, katanya, melihat pada keadaan sekarang, beliau bakal melahirkan anak lelaki. -BharianOnline
"Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan.
"Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. "Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram," katanya yang dijangka bersalin pada mei depan.
Mengenai jantina, jelas Syatilla, beliau dan suami tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan. Namun, katanya, melihat pada keadaan sekarang, beliau bakal melahirkan anak lelaki. -BharianOnline
Shaheizy Sam, Syatilla Melvin kongsi perkembangan kandungan (video)
Ahad, 13 November 2016
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin berkongsi perkembangan terbaharu kandungan sulung menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Samtilla. Perkongsian itu memaparkan visual janin pasangan terbabit yang kini mencecah usia tiga bulan ketika mereka menjalani pemeriksaan bulanan, baru-baru ini. Dalam rakaman yang sama, perbualan antara pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sha & Shah itu bersama doktor turut dimuatkan untuk peminat pasangan itu.
Shaheizy Sam larang Syatilla ini setelah hamil...
Isnin, 24 Oktober 2016
Kini Syatilla Melvin hamil anak sulungnya dengan Shaheizy Sam. Namun bagi Sam, dia tidak mahu Syatilla berlakon dan menolak semua tawaran berlakon demi menjaga kesihatan kandungan anak mereka.
"Saya hanya mengetahui diri hamil selepas dua minggu tidak datang haid. Pada mulanya, saya cuba untuk tidak terlalu berfikir mengenainya kerana bimbang nanti kecewa. Cuma terdetik juga di hati, mungkin saya hamil kerana selama ini, tidak pernah berdepan masalah kitaran haid.
"Saya gembira apabila ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif. Suami seperti hilang kata-kata apabila doktor memaklumkan saya hamil ketika kami melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.
"Suami terlalu sebak tetapi pada masa sama gembira kerana kami memang ingin segera menimang cahaya mata. Sejak hamil, Sam melarang saya menerima tawaran berlakon dan membuat kerja berat. Ada ketika, saya bosan tinggal di rumah kerana sudah terbiasa sibuk,
"Meskipun penat dan ada ketika sibuk dengan urusan kerja, Sam akan cuba memenuhi keinginan saya. Alhamdulillah, suami begitu memahami. Syukur kerana saya tidak mengalami alahan teruk sepanjang tiga bulan pertama ini. Saya berdoa semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan pertama ini," kata Syatilla memetik BharianOnline.
Shaheizy Sam, Syatila bakal bergelar ibu bapa
Selasa, 18 Oktober 2016
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kerana tidak lama lagi bakal bergelar ibu dan ayah.
Berita gembira itu Sam sendiri yang beritahu kepada portal hiburan berlainan. Namun menurut Sam, usia kandungan isterinya masih belum boleh dikongsikan lagi.
Difahamkan usia kandungan Syatilla masih di fasa awal. -Kosmo!
Berita gembira itu Sam sendiri yang beritahu kepada portal hiburan berlainan. Namun menurut Sam, usia kandungan isterinya masih belum boleh dikongsikan lagi.
Difahamkan usia kandungan Syatilla masih di fasa awal. -Kosmo!
Soal zuriat, ini komen Sam dengan Syatilla..
Rabu, 7 September 2016
Pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang berkahwin pada bulan Februari lalu kini hanya berserah kepada Allah atas soal zuriat mereka, memandangkan belum ada petanda-petanda Syatilla kini berbadan dua.
Bagi Syatilla pula, dia berkata mungkin tahun depan sekiranya dikurniakan rezeki untuk memperolehi zuriat. Sebelum ini, Sam dan Syatilla juga pernah menyatakan bahawa mereka mahukan cahaya mata dalam waktu terdekat.
“Soalan dia sama sahaja, kalau belum kahwin orang akan tanya bila nak kahwin, kalau sudah kahwin orang akan tanya bila nak ada baby. Kita tak tahu, semuanya rezeki,” kata Sam.
Bagi Syatilla pula, dia berkata mungkin tahun depan sekiranya dikurniakan rezeki untuk memperolehi zuriat. Sebelum ini, Sam dan Syatilla juga pernah menyatakan bahawa mereka mahukan cahaya mata dalam waktu terdekat.
“Mungkin tahun depan kita rancang, kalau ada rezeki adalah,” kata Syatilla sambil tersenyum
Isu kecaman pakaian lambat siap, ini komen Syatilla Melvin
Selasa, 28 Jun 2016
Pelakon Syatilla Melvin dan suaminya Shaheizy Sam tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pelanggan yang gagal mendapat pakaian dari butik Elle Zada meskipun mereka adalah duta kepada produk syarikat itu.
Syatilla nberkata, perkara tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh pihak Elle Zada yang lebih mengetahui perjalanan operasi butik berkenaan.
Katanya, kedua-dua selebriti itu sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mempromosi produk keluarannya sempena Aidilfitri ini.
Syatilla nberkata, perkara tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh pihak Elle Zada yang lebih mengetahui perjalanan operasi butik berkenaan.
"Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan.Sementara itu, pengasas butik Elle Zada, Elliyin Razif, 28, meminta orang ramai tidak menyalahkan selebriti berkenaan atas masalah yang berlaku.
"Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja," ujar Syatilla
Katanya, kedua-dua selebriti itu sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mempromosi produk keluarannya sempena Aidilfitri ini.
"Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal.
"Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih,
"Sam sangat ambil berat tentang hal ini terutama sekali apabila melibatkan peminat-peminatnya. Dia juga ada beri cadangan untuk selesaikan masalah ini.
"Malah, dia minta kami keluarkan kenyataan secepat mungkin agar pelanggan dapat mengetahui masalah tersebut dan bersabar,
"Pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian-pakaian yang kami tempah pada tarikh yang ditetapkan, kami cuba untuk cari alternatif lain, namun terdapat beberapa masalah lain pula.
"Namun, Insya-Allah ia akan diselesaikan sebelum Aidilfitri ini, masalah ini memang di luar jangkaan kami," ujar Elle.
Pelanggan berang! Sam Syatilla & Elle Zada jual baju Raya tak siap? PANAS
Isnin, 27 Jun 2016

Dengarnya Pelakon, Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin telah memulakan perniagaan menjual pakaian Raya 2016. Perniagaan ini adalah atas kolaborasi bersama dengan Butik terkenal Elle Zada.
Pelbagai cara permasaran telah dilakukan bagi melariskan jualan perniagaan baju raya tersebut. Akhirnya mendapat sambutan hangat oleh orang awam terutama peminat Shaheizy dan Syatilla.
Tetapi baru-baru ini, laman facebook Butik Elle Zada telah mendapat perhatian apabila didapati baju raya yang dijual oleh mereka tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.
Agen dan Pembeli pakaian raya tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila janji untuk menyiapkan pada tempoh yang ditetapkan tidak dapat ditunaikan.
Malah pembeli yang telah membuat pra-tempahan pada bulan Februari masih belum diterima sehingga sekarang.
Berikut adalah antara komen-komen yang diluahkan oleh para pembeli.
Syatilla Melvin nafi mengandung, ianya fitnah bukan doa!
Rabu, 27 April 2016
Kecoh apabila sebuah blog mengatakan yang isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin sudah berbadan dua. Namun Syatilla yang memetik mStar menafikan dia mengandung, malah mengecam tindakan itu sebagai satu fitnah dia dan suaminya
"Pada saya ia bukan satu doa untuk kami sebaliknya mereka sengaja membuat fitnah demi mengaut keuntungan apabila ada pembaca yang klik berita berkenaan.
"Ini bukan kali pertama blog sama membuat fitnah terhadap saya tetapi kali ini saya bersuara kerana ia boleh mengundang masalah selain ia menjatuhkan reputasi kami berdua.
"Bayangkan keluarga kami yang baca dan tidak tahu apa-apa mengenainya mungkin mereka akan salah faham terhadap kami," katanya




















