Gambar Ning Baizura Hamil 7 Bulan

Pada: Rabu, 28 November 2012
Gambar dibawah adalah Gambar Ning Baizura yang kini sarat hamil anak sulung yang mencecah usia 7 bulan. Ning ditemui ketika majlis pelancaran untuk wanita anjuran stesen NTV7 baru-baru ini.

Namun Ning tidak mahu memberitahu jantina anak berkenaan tapi sempat menceritakan episod dia ddengan suami berada di kotaraya New York, Amerika Syarikat.

"Memang seronok tak terkata ketika berada di sana. Walaupun misi abang (suami) untuk menyertai larian marathon di sana tidak tercapai, tapi kami sempat melakukan beberapa aktiviti termasuklah membeli-belah.

"Penat memang lah penat, lebih-lebih lagi saya berbadan dua. Tak banyak juga yang dapat saya lihat kerana ketika berada di sana sedang sibuk untuk pilihan raya. Jadi banyak habiskan masa di pangsapuri kami yang kebetulan hampit di Central Park," cerita Ning Baizura. -sumber

Tag : , , , , , , ,