Episod 'Rebut' Rozita - Shah dan Zain

Pada: Jumaat, 23 November 2012
Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu “rebut” Rozita Che Wan.

Shah bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama.
“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta, walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.

“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.

“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius (hubungan istimewa) antara kami,” katanya
Dalam pada itu Shah tidak menolak jika ditakdirkan hubungannya menjadi lebih rapat dengan Rozita pada masa akan datang kerana dia menyenangi sikap Che Ta

Zain yang dihubungi enggan mengulas mengenai dakwaan kononnya dia terasa hati dengan kemesraan dua pelakon itu sehingga bertindak membelikan puluhan kuntum bunga ros bagi memujuk hati Rozita.
“Saya tidak mahu komen mengenai gosip itu. Sejak nama saya dikaitkan dengan Che Ta, macam-macam cerita timbul dan akhirnya saya juga yang terkena kesannya.

“Saya sudah penat bercerita dan menjawab perkara-perkara begini.

“Kebetulan mereka berlakon bersama untuk tempoh yang lama. Mungkin sebab itu mereka menjadi rapat dan ia adalah perkara normal.

“Saya tiada masalah mengenai gosip itu dan tidak fikir mereka mempunyai hubungan yang serius,” kata Zain. -sumber

Tag : , , , , , , ,