Zuraini Kassim Mengalami Kemalangan Jalan Raya

Pada: Rabu, 24 Oktober 2012
Memetik daripada portal Murai, pelakon Zuraini Kassim dilaporkan patah tulang rusuk dan tulang rahang selepas mengalami kemalangan sewaktu mahu menghantar anak lelakinya ke sekolah, pagi 22 Oktober.

Selain tulung rusuknya patah enam, Zuraini mengalami hentakan di kepalanya. Sekarang, Zuraini sedang dirawat di Hospital HUKM, Cheras dan telah membuat pembedahan jam 12.30 tengah hari, hari yang sama.

Bagaimanapun, sumber terdekat Zuraini memberitahu bahawa dia masih belum sedarkan diri lagi manakala anak lelakinya yang kemalangannya bersamanya mengalami trauma dan luka saja.

Sewaktu kejadian, Zuraini dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal. Dia telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki Cina ketika dia menuju masuk ke selekoh.

Pun begitu, pemandu tersebut tidak melarikan diri sebaliknya membantu menghantar Zuraini ke hospital. Kemalangan berlaku jam 7.15 pagi berdekatan dengan Leisure Mall, Cheras.

Kita doakan agar semuanya selamat dan kembali pulih seperti sedia kala, tak Zuraini mahupun anaknya.

Tag : , , , , , ,