Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Misha Omar selamat melahirkan anak, berjantina....

Khamis, 25 Ogos 2016

Misha Omar selamat melahirkan putera sulung seberat 2.05 kilogram secara normal di Hospital Canselor Tunku Muhriz, Cheras jam 10.20 malam tadi.

Anak hasil perkahwinan Misha dengan seorang juruterbang, Firros Ezzwan Rosly dilahirkan tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan.

Misha mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa di Morib, Banting.

Misha berhadapan dengan tanda-tanda awal bersalin sekitar jam 8.00 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Apabila kontraksi yang dialaminya semakin kerap, Misha ditemani pengurus yang juga kakaknya, Mimie Omar bergegas ke hospital kira-kira jam 10.00 malam untuk melakukan pemeriksaan.
"Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan.

"Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam.

"Saya bersyukur kerana kebetulan suami saya pulang bercuti dan bergegas ke hospital untuk bersama saya ketika menempuh detik menguji itu,"
Misha berkata, disebabkan melahirkan bayi pra-matang, dia memohon diberikan sedikit ruang untuk menumpukan perhatian kepada anak yang masih di bawah pengawasan doktor.
"Ketika ini, saya dan bayi yang masih belum diberi nama itu berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, tiada apa yang membimbangkan cuma saya sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru ini," katanya lagi memetik BH Online

Razali Hussain Dah Berkahwin 7 Jun Lalu

Rabu, 12 Jun 2013

Tahniah walaupun lambat, rupanya pelakon, Razali Hussain juga telah selamat menjadi suami kepada pasangannya, Nik Nor Azlina pada tarikh 7 Jun lalu. Mereka dinikahkan di Masjid Az Zubair, Cheras

Razali memberikan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000.-mStar

Shaheizy Sam Buka Kafe @ Restoran

Isnin, 22 April 2013

Wah pelakon dan penyanyi Shaheizy Sam dikhabarkan buat pertama kali telah membuka sebuah kafe aka restoran kedai makan. Langkah ini bukanlah biasa sebagai seorang selebriti yang mahu beralih arah sampingan dengan perniagaan, ramai juga artis yang berbuat demikian dengan wang mereka sendiri.

Menurut portal Utusan semalam, nama kafe nya itu adalah Best Time Family Cafe & Grill yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Hasil usaha 'partner' diantara ahli keluarganya.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.

"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," -Sam

Zuraini Kassim Mengalami Kemalangan Jalan Raya

Rabu, 24 Oktober 2012

Memetik daripada portal Murai, pelakon Zuraini Kassim dilaporkan patah tulang rusuk dan tulang rahang selepas mengalami kemalangan sewaktu mahu menghantar anak lelakinya ke sekolah, pagi 22 Oktober.

Selain tulung rusuknya patah enam, Zuraini mengalami hentakan di kepalanya. Sekarang, Zuraini sedang dirawat di Hospital HUKM, Cheras dan telah membuat pembedahan jam 12.30 tengah hari, hari yang sama.

Bagaimanapun, sumber terdekat Zuraini memberitahu bahawa dia masih belum sedarkan diri lagi manakala anak lelakinya yang kemalangannya bersamanya mengalami trauma dan luka saja.

Sewaktu kejadian, Zuraini dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal. Dia telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki Cina ketika dia menuju masuk ke selekoh.

Pun begitu, pemandu tersebut tidak melarikan diri sebaliknya membantu menghantar Zuraini ke hospital. Kemalangan berlaku jam 7.15 pagi berdekatan dengan Leisure Mall, Cheras.

Kita doakan agar semuanya selamat dan kembali pulih seperti sedia kala, tak Zuraini mahupun anaknya.

Gambar Akikah Anak Tomok

Isnin, 17 September 2012

Baru-baru ini Tomok dan isteri, Rahayu Abbas telah mengadakan satu majlis kesyukuran untuk anak sulungnya Arrianshah Akid. Bukan setakat Majlis cukur jambul sahaja malahan sekaligus membuka rumah terbuka Aidilfitri di Alam Damai, Cheras.

Hampir 500 tetamu meghadiri majlis itu yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Antara rakan artis yang hadir adalah Zul Yahya, Usop Wilcha, Fara Fauzana, Edry Abdul Halim dan kumpulan Sofazr. -Via