Pada:
Jumaat, 5 Oktober 2012
Tidak tahu apa beza mengigit dan mencium dalam kamus hidup Puteri Sarah, nampak sahaja kedua-dua perkataan boleh menjadi satu kombinasi yang sama pada dasarnya yang memberikan kesan lipstik.
Dan pula kalau mengigit pon kurang elok dipandang umum apatah lagi baru menjalani ikatan kekasih, suami isteri pon mahu berfikir juga mengigit/mencium di khalayak umum. Dan ini komentarnya yang dipetik melalui portal MediaHiburan.
“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.
“Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.
"Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.
Tag : Aksi Cium , Amar AlFian , Gossip Artis , Kekasih Artis , Pelakon , Puteri Sarah Liyana , Twitter


