Pada:
Jumaat, 19 Oktober 2012
Elly Mazlein dikatakan seolah-olah segelintir pihak yang dia enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangannya, Azmi Mohd, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.
Dan ini komen Elly,
"Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu.
"Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.
"Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai," kata Elly Mazlein
Tag : Cincin , Elly Mazlein , Gossip Artis , Pelakon , Pertunangan


