Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Datuk Seri Vida lelong cincin rama-rama, harga asal adalah... WOW!

Jumaat, 22 September 2017

Memetik Utusan Malaysia, Datuk Seri Vida mahu melelong pula barangan kemas termasuk cincin yang dipakainya dalam video muzik terbaru I Am Me. Katanya cincin rama-rama itu ditempah khas dan harganya mencecah RM400,000!
“Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,”

“Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu.

"Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya lagi.

Hadiah istimewa dari Akim buat Stacy (2 gambar)

Ahad, 31 Januari 2016

Semalam Akim telah memberikan hadiah cukup istimewa buat tunangnya, Stacy iaitu sebah cincin emas putih/kuning yang bertakhtakan lima permata.

Mengikut Akim memetik Bharian, lima permata itu adalah simbol solat 5 waktu.

Cincin merisik? ini komen Fara Fauzana..

Rabu, 15 April 2015

Dengarnya Fara Fauzana memakai cincin dan cincin berkenaan menjadi bahan guraun di Hot FM Am Krew pagi Isnin lalu dimana cincin berkenaan dikatakan cincin merisik.

Namun jelas Fara, cincin berkenaan dibelinya sendiri dan tiada kena mengena perancngannya untuk mendirikan rumahtangga lagi.
"Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

"Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena.

"Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer," -Fara petikan portal mStar

Gambar Merisik Zain, Rozita Tersebar

Isnin, 30 September 2013

Semalam portal mStar ada memaparkan gambar ekslusif dimana Zain Saidin dan Rozita Che Wan (che Ta) merisik yang berlangsung pada hari Ahad semalam di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.

Ini disahkan lagi oleh pengurus Che Ta sendiri dimana majlis itu berlangsung jam 3 petang dengan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir.
"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” -pengurus
Zain yang dihubungi tidak menafikan hal itu, namun merasa hairan mengapa media boleh dapat tahu hal privasi ini. :(

Abby Abadi Pakai Cincin? Sudah Berpunya?

Isnin, 15 Julai 2013


Wah sepertinya Abby Abadi sekarang dilamun cinta. Mungkin ada sedikit rahsia yang disimpan olehnya melalui gambar yang dimuatnaik olehnya berbentuk secincin emas putih.

Melalui sajak/syair berbentuk cinta, maka ada serba sedikit jawaban yang Abby mungkin menemui cinta baharunya. Gambar berkenaan dimuatnaik dalam Instagram miliknya beberapa jam yang lalu, namun kemudian di buang aka delete.

Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.
Ps: 'berita bahagia' ini akan Sy umumkan nanti... Doakan

Aliff Aziz Tanam Cincin Tanda Lupakan Kenangan

Isnin, 20 Mei 2013

Bulan Februari yang lalu, ada kisah yang mengatakan Aliff Aziz dengan Adira sedang hangat bercinta, tapi tip top mereka putus ditengah jalan dan sebelum itu juga, cincin couple telah dipakai oleh kedua-duanya.

Dan setelah putus cincin yang masih ada dengan Aliff Aziz menjadi simpanan untuk beberapa hari, tidak dipastikan kemana cincin yang diberikan kepada Adira. Selang beberapa hari yang lalu di dalam laman Instagram Aliff, Aliff telah menanam cincin yang dipakai bersama-sama Adira lalu. Ianya dibuat untuk melupakan kenangan yang lalu.

Simpan la cincin tu, bagi kat awek baru ke. Hehe.




Elly Mazlein Komen Isu Tak Pakai Cincin Tunang

Jumaat, 19 Oktober 2012

Memetik daripada portal Murai.com, Elly Mazlein menjadi serba salah apabila ditanya salah seorang wakil pihak media tentang ketiadaan cincin tunang di jari manisnya yang boleh membawa maksud kepada gosip Elly sudah putus tunang.

Elly Mazlein dikatakan seolah-olah segelintir pihak yang dia enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangannya, Azmi Mohd, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.

Dan ini komen Elly,
"Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu.

"Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.

"Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai," kata Elly Mazlein