Baranagan Milik Yuna dan Bandnya di Curi!

Pada: Selasa, 30 Oktober 2012
Musibah yang sungguh tidak disangka oleh penyanyi Yuna telah berlaku kepada dirinya apabila berlakunya kecurian yang begitu besar sekali.

Bukan Yuna sahaja yang mengalaminya namun kawan-kawan bandnya juga mengalami nasib yang sama. Van yang mereka naiki telah kecurian barangan seperti peralatan muzik dan barangan pribadi milik Yuna (hadiah untuk keluarganya)

Kejadian ini berlaku selepas siri penjelajahannya yang terakhir di Seattle, Amerika Syarikat. Khabar berita ini disampaikan Yuna sendiri melalui laman sosial Twitternya.

Dan pastinya ibu kepada Yuna adalah orang yang mengambil perhatian akan kejadian yang berlaku ke atas anaknya itu.

Tag : , , , , , , , ,