Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ada orang mengaku Fazura sebagai kekasihnya.. HOT!

Khamis, 2 Februari 2017

Ada sebuah video memaparkan Nur Fazura yang berada di New York, Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian apabila lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Randy Seidman mendedahkan wanita itu adalah teman wanitanya.

Memetik portal mStarOnline, rakaman video berdurasi lebih 10 minit itu, lelaki itu yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

Pendirian terbaik Yuna bila diminta buka tudung di Amerika

Selasa, 26 April 2016

Hebat dan tabah betul Yuna di negara orang. Walaupun bukan di negara bukan Islam tapi pendirian Yuna untuk bertudung memang kuat. Dia tidak terikut-ikut dengan trend dan budaya negara Amerika tapi lebih bangga memakai tudung daripada berseksi.

Hari pertama Lana Nordin ikut suaminya.. (7 gambar)

Rabu, 20 April 2016


"Words cannot describe the connection you feel while feeding your child!!..alhamdulillah n tq Allah SWT,"

"First day in New Orleans and my hubby taking me to my new favourite mommy store," -luah Lana Nodin yang baru-baru ini mengikut suaminya ke New Orleans, Amerika Syarikat demi tugas.
Ikut info, Lana selamat melahirkan anak sulungnya, Gia Quinn Mckienzie pada bulan Januari tahun ini.

Ini lah bakal suami Lana Nordin (2 gambar)

Khamis, 26 Mac 2015


Semalam Lana Nordin telah membuat sidang media untuk memperkenalkan suaminya dan tarikh perkahwinnya. Lana memeilih 15 Mei depan untuk bergelar isteri kepada pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie.

Lana memberitahu yang dia dengan David berkenalan pada bulan Oktober 2014 yang lalu.

"Biarpun perkenalan kami singkat tetapi itu bukan soal utama kerana paling penting kami serasi dan paling penting dia memahami tentang Islam.

"Saya dan David mahu mempercepatkan perkahwinan ini kerana tidak mahu menunggu lama dan kami masing-masing pun sudah bersedia,"
Dalam pada itu, Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, memeluk agama Islam pada 5 Disember tahun lalu dan turut dibantu oleh rakan baiknya, pelakon Lisdawati. -petikan mStar

Bakal Suami Lana Nordin? (gambar)

Isnin, 23 Mac 2015

Betul ke ini kekasih Lana Nordin. Dengarnya ini cinta baharunya adalah bakal suaminya yang akan diumumkan pada 25 Mac ini untuk sidang perkahwinannya yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

Dengarnya juga jejaka ini berasal daripada negara Uncle Sam, Amerika Syarikat dan kini menetap di Singapura.

Berikut bukti gambar David McKienzie, atlit skuad bola tampar USA sukan Olimpik 2012, mungkin bakal suami Lana Nordin. Adakah McKienzie? tunggu..~

BCL, Ashraf Sinclair bercuti di Los Angeles (17 gambar)

Selasa, 6 Januari 2015

Awal tahun ini pasangan selebriti, Bunga Citra Lestari dan suaminya, Ashraf Sinclair serta anak mereka, Noah telah pergi bercuti ke negara Uncle Sam, Amerika Syarikat.

Mereka telah memilih Baverly Hills, Los Angeles untuk menghabiskan masa bercuti ketika musim sejuk di sana. -Facebook bclofficialpage

Juliana, Emma bergaduh di Los Angeles? sebab Zizan?

Isnin, 24 November 2014

Juliana Evans dan Emma Maembong adalah dua selebriti yang dikenali kerana ada kaitan dengan pelawak, Zizan Razak. Mungkin anda berfikir, kenapa admin bercerita mengenai mereka berdua ini.

Terlebih dahulu, dengarnya semalam, Juliana yang sudah pulang ke Malaysia selepas tamat belajarnya di Amerika, akan kembali aktif di dalam dunia anak seninya semula.

Mungkin sedikit pelajaran dan skill telah diperolehi Juliana ketika berada di luar negara untuk diserapkan sepenuhnya di dalam lakonannya kelak.

Berbalik pulak kepada tajuk dan perenggan pertama, ada juga ura-ura yang menyatakan Juliana dan Emma bergaduh di Los Angeles sekitar awal tahun ini menurut portal MEdiaHiburan.

Namun Juliana menafikan hal itu dan akui tidak pernah berjumpa dengan Emma.
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”

“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,” j

“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” -Emma.

Jaclyn Victor sudah kahwin 17 Julai yang lalu! (gambar)

Rabu, 13 Ogos 2014

Akhirnya penyanyi, Jaclyn Victor sudah bergelar isteri dan mengakhiri zaman bujangnya dengan pasangan pilihannya, Shawn Rivera yang juga kumpulan R&B dari Amerika Syarikat, AzYet.

Usia jejaka berkenaan adalah 40 tahun, manakala Jac pula 37 tahun. Mereka kahwin di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 17 Julai yang lalu. -sumber

 

Adik Nabila Huda yang korang tak tahu..

Jumaat, 16 Mei 2014

Dengarnnya Nabila Huda ada adik kandung yang kini berusia 16 tahun. Namanya Shsha atau nama betulnya, Irisha Myra Suhaimi. Namun mengikut sumber, adiknya ini tinggal di Texas, Amerika Syarikat. Dan jarang kita dapat melihat merke bersama bergambar, dan difahamkan hanya 3 kali berjumpa dengan ayahnya, Amy Search.

Shasha dan Nabila adalah adik beradik dari ibu yang berlainan. Nama ibu Nabila ialah Faridah Fadzil iaitu isteri pertama Amy Search dan ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga Amy Search.

Brian McKnight cium pembaca berita TV3?

Isnin, 12 Mei 2014

Baru-baru ini penyanyi R&B, Brian McKnight dari Amerika Syarikat telah membuat satu konsert pada hari Jumaat yang lalu di PWTC Kuala Lumpur dengan dihadiri hampir 2000 orang penontoh

Brian McKnight difahamkan pernah datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 yang lalu. Persembahan nyanyian seperti biasa, namun ada kejutan yang dibuat oleh Brian McKnight.

Beliau memilih penonton bertuah untuk naik ke pentas. Mengikut informasi peminat itu adalah, Anita (pembaca berita Nightline, TV3).

Brian sempat bertanyakan kepada gadis tersebut sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki atau tidak. Anita menjawab, "sudah". Lalu Brian berkata, "kalau begitu, boleh tak benarkan saya jadi teman lelaki awak untuk 5, 6 minit ini saja?", "Boleh", jawab Anita sambil tersenyum.

Ada adegan Brian McKnight nak ambil kesempatan nak mencium bibir Anita, namun Anita berjaya mengelak pelawaan tak senonoh Brian McKnight itu. Tapi mereka sempat berpelukan pulak. @#$%^& -sumber MalaysianDigest | gambar Facebook SelebritiOnline

Gambar konvokesyen Juliana Evans

Selasa, 29 April 2014

Tahniah kepada pelakon, Juliana Evans, 24, yang telah menamatkan sesi kuliahnya dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di unversiti dekat Amerika Syarikat.

Majlis konvokesyen telah dirakamkan oleh Juliana dengan dihadiri oleh ibunya yang tercinta.

Gambar kereta Juliana Evans kemalangan

Jumaat, 28 Februari 2014

Juliana Evans dikhabarkan terlibat kemalangan kereta dekat Michigan, Amerika Syarikat. Kenderaan yang dipandunya remuk di bahagian belakang dan hadapan namun keadaan dan juga situasi Juliana selamat tanpa sebarang kecederaan.

Melalui laman sosialnya dia berkata:

Pakaian Ketat Yuna Dapat Kecaman

Rabu, 22 Januari 2014

Baru-baru ini penyanyi terkenal,Yuna telah dikecam hebat oleh pengikutnya di laman sosial Facebook miliknya. Disebabkan Yuna memuatnaik gambar photoshot dirinya dengan berpakain ketat aka lagging.

Ramai yang telah memberikan komen tak kurang juga positif (membina) dan juga negatif (cacian) terhadap penyanyi tersebut.  Mungkin dah budaya fesyen di Amerika Syarikat , tapi kan bagus kalau Yuna bawa fesyen dari Malaysia ke sana, boleh juga promosi budaya Malaysia kan. :)

Zizan, Emma Bercumbuan dalam Kapal Terbang?

Isnin, 20 Januari 2014

Dengarnya pasangan 'kekasih', Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu-cumbuan di dalam kapal terbang. Berita ini memetik daripada portal Utusan baru-baru ini yang mendakwa mereka berbuat demikian.

Ada sumber yang menyatakan terlihat gelagat pasangan ini sedang bercumubuan ketika perjalanan ke Los Angeles, USA beberapa lama dahulu.
“Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?”

“Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?” -utusan
Kalau betul atau salah dakwaan diatas ni, memang selayaknya kedua-duanya tampil untuk memberikan sebarang penjelasan, kalau boleh percepatkan kahwin, rasanya Zizan dah cukup mampu dah untuk kahwin, sponsor kahwin pon tengah tunggu giliran..

Yuna di Majalah Canvas US

Khamis, 16 Januari 2014

Tak sangka, kehebatan Yuna memang tak dapat di sangkal lagi di Amerika Syarikat. Negara uncle Sam itu sepertinya menghargai sumbangan nyanyian Yuna yang mungkin satu perubahan baru dalam dunia industri musik di sana.

Penghargaan terkini yang mungkin menaikkan lagi namanya apabila dia terpilih untuk menjadi cover LA Canvas Magazine untuk bulan January-February 2014. Sebuah majalah yang dikatakan popular ini merupakan tempat selebriti Hollywood sering dijadikan cover muka hadapannya. -gambar Issuu.com

Yuna diantara 20 Artis Berpontesi di Amerika

Khamis, 9 Januari 2014

Menurut portal mStar semalam, Yuna telah tersenari sebagai salah seorang diantara 20 artis baru yang diberi perhatian dan berpotensi untuk tahun 2014 di Amerika Syarikat oleh sebuah sesawang The Huffington Post.

Menjadi satu kebanggan kita sebagai orang Malaysia yang melahirkan seorang insan yang berbakat besar.
"Jika anda masih belum mempunyai sebarang koleksi muzik daripada Malaysia, biar Yuna menjadi yang pertama.

"Menampilkan adunan muzik tradisional negaranya dan diadun dengan elemen pop ia memberikan rasa baharu dan menepati selera pendengar," -Huffington Post

Zizan Razak, Emma ke Amerika Syarikat untuk....

Selasa, 7 Januari 2014

Dengarnya pasangan yang selalu intim dikenakan gosip bercinta, Zizan Razak dan Emma Maembong kini dalam percutian bersama rakan-rakan mereka yang lain di San Francisco dan Las Vegas, Amerika Syarikat.

Memang tidak dinafikan beberapa keping gambar memberikan bukti mereka berada di sana. Jom sergah!

Gambar Fazura Bercuti di Las Vegas

Sabtu, 4 Januari 2014

Kehangatan tahun baru masih lagi dirasakan, dan kini mungkin sudah ramai membuat azam baru. Tak usah berfikir pasal azam, pastinya ramai mahu melihat pelakon jelita, Fazura mahu berkahwin kan. Kita harap Fazura akan berkahwin tahun ini.

Dia baru-baru ini membawa diri jauh ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru dekat sana. Mungkin suasana di sana agak berlainan sedikit, namun menampakkan musim panas melanda Las Vegas, lihat sahaja pakaian Fazura kan.

12 Gambar Percutian Eja di Amerika Syarikat

Isnin, 30 Disember 2013

Memetik portal MediaHiburan, Siti Shahrizah @Ija telah pergi ke Amerika Syarikat bersempena cuti hujung tahun bersama keluarganya.

Lokasi percutian mereka kali ini adalah di Lake Tahoe, Nevada dengan keadaan salji di sana.

filem Vikingdom kutip RM10 Juta

Jumaat, 13 September 2013

Bukan main hebat lagi filem Vikingdom: The Blood Eclipse ni, sebelum ditayangkan pada 12 September yang lalu, sumber mStar mengatakan sudah mengutip RM10 Juta.

Ini adalah penjualan hak pengedaran filem itu ke negara Amerika Syarikat dan 10 buah negara lain. Dah dianggap separuh daripada modal asal pembikinan filem berkenaan yang menelan belanja RM20 juta dengan masa 2 tahun untuk disiapkan.
"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," -Yusry Abdul Halim
Jadi tunggu apa lagi, tengok malam ni ok di pawagam berhampiran anda. :)