Adira Punca Anne-Aliff Pisah?

Pada: Jumaat, 5 Oktober 2012
Isu putus cinta diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz dikatakan mempunyai kaitan dengan penyanyi, Adira. Menurut portal Murai semalam, walaupun Anne akui perpisahan diantara dia dengan Aliff bukan dari orang ketika, namun ada desas desus yang menyatakan Aliff sudah beralih arah cintanya kepada Adira.

Adira juga dikatakan muncul dalam hidup Aliff ketika mereka berdua digandingkan untuk satu set drama, ditambah pula babak yang dilakonkan adalah babak-babak cintan dan romantis seterusnya terjerumus sebagai cinta lokasi.

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran ini, mungkin selepas ini ada pihak yang berani tampil memberikan komen mengenai gosip ini.

Sebelum ini, Adira juga dikaitkan dengan AG Coco (Hujan), namun hubungan mereka juga berakhir di tengah jalan, dan seterusnya Aliff berjaya mengambil 'posisi' berkenaan.

Tag : , , , , , , ,