Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bell Ngasri selamat timang anak (2 gambar)

Rabu, 9 Disember 2015

Tahniah buat pelawak Bell Ngasri dan isterinya, Sasha yang selamat menimang anak sulung baru-baru ini memetik Instagram milik adik Bell, Anne Ngasri

Keluarga bahagia Anne Ngasri (14 gambar)

Rabu, 27 Mei 2015


Rindukan dengan kelibat Anne Ngasri yang kini cukup bahagia dengan keluarga besarnya. Jom lihat sekitar beberapa hari dan minggu ini yang dilakukan Anne. -gambar Instagram AnneNgasri.

Datin Anne Ngasri

Jumaat, 9 Januari 2015

Tahniah Anne Ngasri yang kini dah bergelar Datin. Tak sangka sekeping foto yang dimuatnaik olehnya untuk sebuah majalah tempatan telah memaparkan namanya dengan gelaran Datin.

Suaminya kan ahli politik terkenal, mungkin dapat anugerah Dato' kot.

Gambar Raya Anne Ngasri 2014 (5 Gambar)

Isnin, 4 Ogos 2014

Mari layan gambar Hari Raya AidilFitri selebriti bernama Anne Ngasri, suaminya, anak-anaknya serta adik beradik Anne Ngasri.

Aliff Aziz buat lagu khas untuk Anne Ngasri

Isnin, 10 Mac 2014

tinggal kenangan lalu...
Bekas kekasih Anee Ngasri, Aliff Aziz kini mengakui telah membuat lagu untuk Anne Ngasri walau sudah 2 tahun berpisah dan kini Anne sudah mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli politik serta dikurniakan zuriat.

Niat Aliff dulu sangat tulus, dia mahu mengahwini Anne, namun akibat sebab tak dapat dielakkan, perancngan hanya perancangan.

Lagu berjudul 'Hati Ini' akan dimuatkan dalam album ke-4 Aliff yang akan dipasarkan pada bulan Jun 2014. Lagu ini memberi maksud, seorang wanita yang bakal berkahwin dengan seorang lelaki dan mereka sudah mempunyai tarikh kahwin, tetapi akhirnya wanita itu mengambil keputusan untuk mengahwini orang lain, memetik sumber Kosmo!.
"Sekarang saya hanya ingin menaikkan kembali karier nyanyian dan imej diri. Apa yang terjadi pada saya mungkin hukum karma pada perbuatan saya sebelum itu tetapi saya tidak akan buat perkara yang sama pada wanita lain. Sebabnya saya faham perasaan orang yang disakiti," -Aliff Aziz

Gambar Terkini Anak Anne Ngasri

Jumaat, 10 Januari 2014

Dah besar dah anak hasil perkahwinan ke-2 Anne Ngasri dengan suaminya, Mohd Sumali, yang dah masuk usia 4 bulan dah. Ini juga adalah anak ke-4 bagi Anne sendiri. Namanya kalau yang dah lupa la kan, ni Sufi Harraz, dan yang dewasa tu pula, Wafri dan Zara. Semoga bahagia lah ye. -instagram AnneNgasri

Abby Seperti Kebudak-Budakan - Zed Zaidi

Selasa, 29 Oktober 2013

Abby Abadi memang tak sudah-sudah kalau nak kritik kerajaan dan juga selebriti yang bernaung dibawahnya. Terbaru, Abby dikatakan buat hal dengan menyatakan menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam di dalam ceramahnya dekat di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada hari Sabtu lalu.

Zed Zaidi, Presiden Seniman dan juga ahli kuat UMNO menyelar tuduhan tidak berasas Abby itu melalui portal mStar semalam. Zed menganggap Abby tidak sewajarnya mengaitkan mana-mana parti politik dalam penyebab gejala maksiat di dalam industri hiburan tanah air.

Kekasih Terbaharu Aliff Aziz?

Selasa, 8 Oktober 2013

Wah Aliff Aziz dah ada teman hidup baru ke. Rasanya gambar dibawah ini cukup membuktikan kemesraan Aliff Aziz dengan seorang wanita.

Wanita ini didakwa adalah Ain dari pelajar Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8). Selepas Anne Ngasri dan Adira kini pula Ain, memang taste Aliff ni nak pilih wanita berhuruf depan A ke juga.?

Gambar Sufi Harraz, Anak Anne Ngasri

Jumaat, 20 September 2013

Anak Anne Ngasri yang terkini bernama Sufi Harraz ni dah berusia nak masuk seminggu lebih. Lihat wajahnya persis ayahnya kan. Sihat dan keadaannya juga memang comel. -Instagram AnneNgasri

Tahniah! Anne Ngasri Timang Anak ke-4

Rabu, 11 September 2013

Tahniah juga buat Anne Ngasri yang selamat melahirkan anak ke-4 dan juga anak pertama bagi perkahwinannya dengan suami baharunya, Mohd Sumali.

Anne difahamkan bersalin pada hari kelmarin semalam 9 September 2013.

Berita ini disampaikan oleh Anne sendiri melalui laman sosial Facebook miliknya. Bayi itu berjantina lelaki dengan berat 3.4 kilogram. Namanya tidak dipastikan lagi.

Gambar Raya - Anne Ngasri

Rabu, 14 Ogos 2013

Mari layan gambar-gambar selebriti ketika menyambut Hari Raya AidilFitri 2013 ini.. -instagram annengasri

Gambar Anne Ngasri Yang Terkini

Jumaat, 2 Ogos 2013

Apa khabar dengan Anne Ngasri ek, lama sudah tidak melihat kelibatnya bermain drama/filem kan. Harap-harap sihat sahaja lah disamping keluarganya.

Anne banyak melakukan aktviti luar di bulan Ramadan ni, umum mengetahui yang dia kini sedang hamil 7 bulan lebih hasil perkahwinannya dengan Mohd Sumali.

Gambar Anne Ngasri dan Suami

Khamis, 30 Mei 2013

Usia perkahwinan Anne Ngasri dan suaminya, Mohd Sumali kini sudah mencecah 6 bulan, dan Anne juga kini sudah hamil 4 bulan. Gambar dibawah gambar mereka bersama-sama keluarga seperti menyambut harijadi seseorang, turut hadir, Darling Ngasri.





Gambar Wafi Bekas Suami Anne

Isnin, 13 Mei 2013

Dibawah ni adalah gambar Wafi iaitu bekas suami kepada Anne Ngasri. Wafi sebenarnya sudah bertunang pada bulan Oktober 2012 yang lalu, namu tidak tahu apa statusnya yang terkini adakah sudah berkahwin atau masih mengikati tali pertunangan.





Anne Ngasri Hamil 3 Bulan!

Sabtu, 27 April 2013

Tahniah kepada Anne Ngasri kerana dikhabarkan sudah hamil/mengandung anak yang berusia 3 bulan dari zuriat suami barunya, Mohd Sumali. Namun difahamkan walaupun hamil/mengadung, Anne tetap bersama-sama dengan suaminya untuk berkempen untuk PRU13 sebagai orang kuat BN/UMNO.
"Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.

"Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan," jelas Anne. -Sumber
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.

Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

Gambar Anne Ngasri di Jepun

Khamis, 28 Februari 2013

Kalau tak silap baru-baru ni Anne Ngasri pergi ke Negara Matahari Terbit, Jepun bersama rakan-rakan selebriti yang lainnya.

Tidak tahu apa tujuannya mereka datanga ke sana, mungkin untuk shooting atau percutian semata-mata. Layan~

Anne Ngasri Bakal Hamil/Mengandung

Khamis, 17 Januari 2013

Anne Ngasri yang bernikah dengan ahli politik, Mohd Sumali pada 22 Disember 2012 yang lalu kini dikhabarkan sudah menampakkan petanda Anne bakal hamil/mengandung.

Berita ini disahkan sendiri oleh Anne melalui portal mStar semalam, yang dia kini merasa mual dan loya beberapa hari ini.

Kalau betul hamil setelah membuat check di doktor, tahniah la kami ucapkan.
“Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.

"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu,” katanya

Gambar Anne Ngasri, Keluarga ke Legoland

Jumaat, 4 Januari 2013

Sudah masuk dua minggu mendirikan rumah tangga, Anne Ngasri dengan Mohd Sumali Reduan kini sangat bahagia bahkan perkahwinan kali ke-2 Anne ini merupakan satu pengalaman baru bersama-sama 4 orang anak.

Yang terbaru mereka ada jalan-jalan ke destinasi pelancongan terbaik di Johor iaitu Legoland sekeluarga. Gambar manis itu dikongsikan oleh Anne melalui laman sosial Instagramnya. Jom Layan.

Gambar Pernikahan Anne Ngasri, Sumali

Isnin, 24 Disember 2012

Anne Ngasri dan tunangnya, Mohd Sumali Reduan akhirnya telah selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah pada hari Sabtu lalu jam 11 pagi dengan mas kahwin RM22.50. Mereka diijabkabulkan di rumah kediaman Lelaki di Pontian, Johor.

Perkahwinan ini memang bermakna dengan mereka dimana Sumali mempunyai seorang anak tunggal lelaki dan Anne mempunyai tiga anak orang anak.

Anne menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta 5 buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

Sumali juga menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pengantin. -sumber

Anne Ngasri Jadi Tunang Ahli Politik

Isnin, 12 November 2012

Akhirnya desas desus gosip yang pernah menyatakan yang Anne Ngasri menjalinkan hubungan dengan seorang ahli politik akhirnya terjawab.

Anne akui yang lelaki berusia 40 tahun itu ikhlas mahu menyunting Anne sebagai isteri yang sah kelak. Dan kini mereka dalam proses untuk bertunang.

Acara pertunangan mereka dilakukan pada petang semalam mengikut laporan mStar dimana majlis yang sederhana itu dihadiri lebih kurang 200 tetamu.

Namun paling duka, identiti tunang Anne dirahsiakan sehinggala perkahwinan mereka yang dijadualkan pada Disember nanti.

"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.

"Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain.

"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat,

"Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identiti tunang saya diketahui pada hari perkahwinan nanti.

"Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua," ujarnya Anne.