Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

AG Coco selamat bergelar suami (gambar & video)

Ahad, 11 Disember 2016

Gitaris kumpulan Hujan, Mohd Hezry Mohd Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco selamat diijab kabulkan dengan Zuliana Eusoff atau Zue dengan sekali lafaz pada upacara yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kelana Jaya, pagi semalam.

Pada upacara itu, AG yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan turut menyerahkan mas kahwin RM15,000 berserta tujuh dulang berbalas sembilan. Pasangan itu mula berkenalan pada akhir tahun lalu, seterusnya bertunang pada 19 Mei lalu. -BharianOnline

Inilah bakal isteri AG Coco (3 gambar)

Ahad, 22 Mei 2016

Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco mengesahkan bakal bernikah dengan seorang daripada penyanyi duo Hani & Zue, Zue atau Zuliana Eusoff, 22, pada 10 Disember depan.

AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, 32, berkata dia menghantar rombongan merisik semalam dan kedua-dua keluarga memilih tarikh itu sebagai hari pernikahan manakala majlis persandingan menyusul pada 24 Disember.

Fauziah Letak Patung Babi di Atas Tudung?

Ahad, 29 September 2013

Macam-macam hal dunia zamans sekarang ni, Fouziah Gambus yang juga penyanyi gambus sudah buat kontroversi baru-baru ini dengan meletakkan patung 'babi' di atas kepalanya yang bertudung itu dan dimautnaik ke dalam laman sosial Facebook.

Tujuannya hanya suka-suka dan menganggap ianya perkara kecil sahaja yang tidak perlu digembar gemburkan kesensitifannya. Pendapat korang? -gambar Cari (klik untuk besarkan)

Adira Nafi Jadi PlayGirl

Rabu, 24 Julai 2013

Sudah banyak kita dengan kisah percintaan selebriti dengan beberapa orang pilihan dirinya. Tidak ketinggalan Adira bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-8.

Bila sudah habis program realiti itu, Adira sepertinya menjadi rebutan dan dambaan ramai lelaki, apa tidaknya kulitnya yang melepak putih, pastinya mengalahkan orang putih dari Amareka, hehe.

Sharifah Amani, AG Coco Bercinta?

Rabu, 9 Januari 2013

Sharifah Amani dikatakan menjalinkan cinta dengan AG Coco? berita gosip ini kini sedang merebak taktala orang ramai tidak mengetahui yang mereka kini amat rapat.

Mana tidaknya beberapa keping foto telah dimuatnaik dengan kemesraan yang begitu nampak sebagai sepasang kekasih.

Dengar-dengar juga gosip yang Sharifah adalah penyebab dimana hubungan Adira dengan AG terputus sebelum ini.

Ntah benar atau tidak, semoga korang tak bergaduh besar lah ok.

Adira Punca Anne-Aliff Pisah?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Isu putus cinta diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz dikatakan mempunyai kaitan dengan penyanyi, Adira. Menurut portal Murai semalam, walaupun Anne akui perpisahan diantara dia dengan Aliff bukan dari orang ketika, namun ada desas desus yang menyatakan Aliff sudah beralih arah cintanya kepada Adira.

Adira juga dikatakan muncul dalam hidup Aliff ketika mereka berdua digandingkan untuk satu set drama, ditambah pula babak yang dilakonkan adalah babak-babak cintan dan romantis seterusnya terjerumus sebagai cinta lokasi.

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran ini, mungkin selepas ini ada pihak yang berani tampil memberikan komen mengenai gosip ini.

Sebelum ini, Adira juga dikaitkan dengan AG Coco (Hujan), namun hubungan mereka juga berakhir di tengah jalan, dan seterusnya Aliff berjaya mengambil 'posisi' berkenaan.