Gambar Nurul Syuhada Bertudung, Resign Sebab Pengorbanan

Pada: Selasa, 18 September 2012
Isu perletakan Nurul Syuhada Nurul Ain dalam Media Prima bukanlah menjadi perbualan hangat gara-gara dia tersasul cakap mengenai keterlanjuran dirinya menggunakan kata yang menimbulkan pelbagai reaksi ketika laporan lintas langsung sewaktu Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada awal September lalu.

Ianya juga bukan juga khabar angin yang menyatakan dirinya di 'offer' gaji tinggi di syarikat televisyen lain. Sebab utama adalah mengenai rumahtangganya, dan Nurul nekad letak jawatan setelah mengenakan tudung pada dirinya.

Memetik portal Kosmo! semalam, Nurul memberitahu dirinya sebenarnya hanya mahu meluangkan masa sebagai seorang isteri dan surirumah kepada Raja Amir Raja Azwa yang dikatakan selepas setahun berumahtangga masing-masing sibuk dengan kerjaya dan setelah 6 bulan bernikah mereka berdua seperti tidak memberi ruang untuk menikmati kehidupan normal sebagai suami isteri.

Selain itu, dikhabarkan juga Nurul akan melanjutkan pelajarannya tidak lama lagi disamping berada disisi suaminya. Semoga berjaya. :)

Tag : , , , ,