Pada:
Selasa, 18 September 2012
Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kegagalan filem 3D pertama terbitan syarikatnya iaitu 29 Februari disebabkan faktor ekonomi apabila ia hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM400,000 sahaja.Norman berkata, penonton di negara ini mungkin masih belum bersedia untuk membayar lebih tiket untuk menonton filem berkenaan yang agak mahal bagi format 3D hingga menyebabkan ia gagal mencapai kutipan tinggi di pawagam.
Mereka tidak akan berhenti daripada menghasilkan filem berformat 3D sebaliknya akan meneruskan usaha berkenaan dalam filem terbaru iaitu Vikingdom dan Cicakman.
Sebagai seorang usahawan dia perlu mengambil risiko dan pada masa sama memberi sesuatu yang baru kepada penonton bagi memastikan industri perfileman negara terus berkembang dan tidak berada di takuk lama. -Via
PS: satu pencapaian yang terbaik dalam industri perfileman negara, namun orang-orang kita juga tidak memberi sokongan. aduiya.
Tag : Berita Artis , Filem , Movie , Norman KRU , Pengarah Filem

