Mek Kahwin Kali ke-2, jadi Madu Ke-2

Pada: Isnin, 13 Ogos 2012
Memetik daripada portal Harian Metro edisi semalam, pelakon dari rancangan TV, Salam Pantai Timur, Nik Sayyidah atau Mek mengakui dah bercerai dengan suaminya awal tahun lalu dan kini hidup bermadu sebagai isteri ke-dua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada bulan Mei yang lalu.

Nik Sayyidah mengakui walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia. Perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar bulan April yang lalu sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.

Tag : , , , , ,