Ayu Raudhah Kini Sudah Bertudung

Pada: Selasa, 14 Ogos 2012
Kita sudah menyangka yang sebelum ini banyakn lakonan Ayu Raudhah dimana dia memakai tudung dalam beberapa buah drama. Dan kita nampak sendiri memang begitu ayu dan manis sekali apabila dia memakai tudung dalam drama berkenaan. Namun yang paling mengejutkan, Ayu kini sebaris dengan selebriti lain yang telah berubah ke arah bertudung.

Syukurlah bertambah lagi seorang selebriti kita yang memakai tudung. Ayu telah mengesahkan hal berkenaan di bulan suci Ramadan ini dimana dia selepas ini akan tampil sebagai seorang selebriti yang bertudung.
"Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru ini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini," ujar Ayu di portal MediaHiburan.

Tag : , , , ,