Jue Aziz Nafi Ada Hubungan Dengan Aidil Zafuan

Pada: Khamis, 23 Ogos 2012
Terkejut apabila membaca sisipan online HarianMetro beberapa hari yang lalu, yang mengatakan Jue Aziz ada hubungan cinta dengan Aidil Zafuan. Kalau diikutkan Jue memang sekarang ni sangat sepi daripada sebarang berita, tapi bila dah kuar gosip seperti ini, rasanya dunia bakal bergegar lagi, apatah lagi Aidil masih lagi suami kepada Rita Rudaini memandangkan proses perceraian masih lagi berlangsung.

Lain-lain yang terdapat dalam portal berkenaan menyatakan ada seketika kelihatan mereka seakan-akan dilamun cinta. Sumber lain yang juga rakan produksi yang pernah bekerja dengan Jue, ternampak kelibat mereka berdua bersama. Mengenai proses perkenalan, kata sumber dalam portal berkenaan, mereka dipertemukan oleh adik ipar Aidil yang juga pelakon, Ayu Raudah yang memperkenalkan mereka berdua.

Namun kenyataan di HarianMetro itu akhirnya terjawab, apabila Jue tampil memberikan komennya di laman Kosmo baru-baru ini dan menegaskan gosip itu hanyalah liar semata-mata dan tidak benar samasekali..
Saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu.

Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.

Sebenarnya saya tahu identiti individu yang bertanggungjawab mereka cerita ini memandangkan nama Ayu Raudhah turut dikaitkan sama. Lagipun saya yakin, pembaca yang membaca cerita berkenaan juga sudah dapat agak siapa individu tersebut. Cuma saya agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan pula, sedangkan saya langsung tiada masalah dengan individu itu. Kalau betul dia ada bukti seperti yang diperkatakan, sila bersemuka dengan saya.

Saya beri tempoh seminggu kepada individu tersebut untuk mengemukakan bukti kalau betul saya ada hubungan dengan Aidil. Sekiranya tidak ada bukti yang dikemukakan, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka malah saya berani tampil dan bersemuka dengannya kerana tahu diri saya memang tidak bersalah. Saya ada hak untuk membersihkan nama kerana kontroversi ini pastinya boleh menjejaskan periuk nasi saya sebagai seorang pelakon. -Jue Aziz

Tag : , , , , , , ,