Irma Hasmie Disahkan Hamil / Mengandung

Pada: Rabu, 15 Ogos 2012
Dikhabarkan yang Irma Hasmie disahkan hamil beberapa minggu. Ini disahkan sendiri lagi oleh suaminya, Redza Syah. Kandungan Irma baik-baik sahaja buat setakat ini walaupun terpaksa berpantang makanan untuk dikhuatiri terjadinya muntah-muntah. Itu biasalah bagi seorang isteri yang hamil kan.

Lumrah alam, lain pula ceritanya memetik portal mStar semalam, bila isteri hamil pastinya isteri itu yang mengidam sesuatu, namun terjadi kepelikan disini, apabila Redza pula yang mengidam sesuatu setelah mendapat tahu isterinya itu hamil. Redza dikatakan mengidam yakni menjadi seorang yang kuat makan berbanding Irma.

Hai, macam-macam pula yang terjadi, kita doakan sahajalah Irma dapat menjaga kandungannya itu sampai selamat melahirkan nanti. :)

Tag : , , , , ,