Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kehidupan terkini Irma Hasmie, comel-comel anaknya (22 gambar)

Sabtu, 29 Julai 2017

Lama dah tak dengar berita mengenai pelakon Irma Hasmie kan. Memetik portal Intrend, kini dia mengakui keutamaannya hanya kepada keluarga berbanding perkara lain. Meskipun kerjaya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa, namun setiap tawaran yang diterima akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

Sekitar Hari Raya Irma Hasmie (17 gambar)

Isnin, 11 Julai 2016

Sekitar Hari Raya Irma Hasmie (8 gambar)

Selasa, 21 Julai 2015

Anak-anak Irma Hasmie edisi Oktober (9 gambar)

Selasa, 7 Oktober 2014

Dah besar-besar anak Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nurnaylie. Terutama Nurnaylie yang kini nak masuk 3 bulan usianya.

Rasanya ada sambutan harijadi untuk suaminya baru-baru ini diadakan. Apa-apa pun semoga bertambah comel dan sihat keadaan mereka sekeluarga. :) Jom layan.

Sekitar Majlis Akikah Anak ke-2 Irma Hasmie (27 gambar)

Selasa, 9 September 2014

Hujung minggu lalu, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer telah melangsungkan majlis kesyukuran akikah untuk anak ke-2 mereka, Irma Nur Naylie.

Majlis berlangsung di rumah ibu bapada Redza. -gambar Camora Arts Facebook

Gambar anak Irma Hasmie terkini

Isnin, 11 Ogos 2014


Irma Hasmie jarang memuat naik gambar anaknya ke dalam laman sosial Instagram. Untuk beberapa minggu ini hanya 3-4 keping gambar yang dimuatnaiknya.

Rasanya tidak ada gambar Hari Raya mereka, untuk melihat kelibat anak ke-2nya itu memang agak sukar.
Namun beberapa keping gambar anaknya itu Redza Syah Irfhan dan Irma Nurnaylie sempat diambil untuk kerinduan peminat-peminat Irma.

Irma Hasmie selamat melahirkan anak ke-2

Selasa, 22 Julai 2014

Tahniah kepada pengacara, Irma Hasmie yang selamat melahirkan anak ke-2 hasil perkahwinanya dengan Redza Syah Azmeer.

Anak ke-2 ini dilahirkan pada 18 Julai lalu di Prince Court Medical Centre. Nama dan jantina anak ini belum diketahui lagi.

Irma Hasmie bakal timang anak ke-2 berjantina perempuan!

Khamis, 19 Jun 2014

Memetik sumber portal mStar, Irma Hasmie dan suaminya, Reza Syah Azmeer yang diketahui umum bakal menimang cahaya mata ke-2 tidak lama lagi.

Baru-baru ini Irma yang ditemani suaminya, pergi membuat pemeriksaan lanjut, dan mendapati mereka bakal menimang cahaya mata berjantina perempuan.

Irma yang sangat terkejut dengan pengesahan doktor itu mengakui dia berasa bersyukur kerana doanya termakbul dimana sebelum ini dia inginkan anak perempuan.
"Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.

"Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki," Irma Hasmie

Irma Hasmie Hamil Anak Ke-2

Isnin, 13 Januari 2014

Walaupun usia Redza Syah Irfhan belum mencecah setahun yakni 8 bulan, baru-baru ini Irma Hasmie disahkan hamil anak ke-2. Wah tahniah lah, Redza Syah Irfhan tak lama lagi dapat adik. Hehe. Ni gambar scan anak mereka yang ke-2 memetik instagram @redzasyahazmeer
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar! Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya Allah...Doakan #irmahasmie dipermudahkan untuk terima amanah Allah SWT...Im very proud of u mommy :) Me & #redzasyahirfhan love u so much...Syukur Alhamdulillah

Irma Hasmie Rindu Dunia Lakonan

Isnin, 23 Disember 2013

Sudah lama kita tidak melihat kelibat Irma Hasmie berlakon kan tak kira di slot drama mahupun filem. Namun Irma akui yang dia kini lebih suka menjaga anak sulungnya, Redza Syah Irfhan yang kini berusia 8 bulan dan juga merindui bidang lakonan yang pernah diceburinya dahulu.

Memetik portal Kosmo! Irma mengatakan yang dia terpaksa menolak tawaran berlakon kerana kesempitan waktu setelah bergelar ibu dan isteri pada ketika ini.
"Saya amat merindui untuk kembali berlakon, namun selepas bergelar seorang ibu kekangan masa membataskan saya untuk kembali aktif. Saya masih mendapat tawaran lakonan tetapi buat masa sekarang saya terpaksa menolak.

"Saya boleh membuat pertimbangan jika tawaran watak tersebut tidak memerlukan saya berada terlalu lama di set penggambaran," -Irma.

7 Gambar Anak Irma Hasmie 6 Bulan

Rabu, 6 November 2013

Dah nak masuk 6 bulan dah usia anak Irma Hasmie, Redza Syah Irfhan. Nampak sihat dan comel sahaja kan. Baguslah seperti itu. Enjoy! :) -Instagram redzasyahazmeer

20 Lagi Gambar Pernikahan Diana Amir

Ahad, 27 Oktober 2013

Ini adalah gambar photographer rasmi untuk perkahwinan Diana Amir dengan suaminya, Mohd Habibbullah yang berlangsung pada malam Jumaat yang lalu. Memang indah dan anggun sekali kedua-dua pengantin. Enjoy. -gambar Shah Mohammed Photography

Gambar Anak Irma Hasmie di Hari Raya

Ahad, 18 Ogos 2013

Inilah kali pertama Irma Hasmie dan suaminya, Redza menyambut hari Lebaratan Aidilfitri dengan cahaya mata sulung mereka, Redza Syah Irfhan.

Walaupun kurang mengambil foto ketika musim berkenaan, namun gambar Redza Syah Irfhan jelas menunjukkan suasana ketika itu sangat meriah.

Gambar Anne Ngasri Yang Terkini

Jumaat, 2 Ogos 2013

Apa khabar dengan Anne Ngasri ek, lama sudah tidak melihat kelibatnya bermain drama/filem kan. Harap-harap sihat sahaja lah disamping keluarganya.

Anne banyak melakukan aktviti luar di bulan Ramadan ni, umum mengetahui yang dia kini sedang hamil 7 bulan lebih hasil perkahwinannya dengan Mohd Sumali.

Gambar Irma Hasmie Terkini

Khamis, 18 Julai 2013

Dah makin berseri-seri pula Irma Hasmie ni setelah melahirkan anaknya, Redza Syah Irfhan. Apatah lagi kini rezeki melimpah ruah begitu, dari pengacaraan di TV al Hijrah sehingga menjadi model beberapa buah butik busana muslimah. Baguslah, semoga berbahagia kehendaknya.

Anak Irma Hasmie Seusia 2 Bulan

Jumaat, 28 Jun 2013

Perkembangan anak Irma Hasmie kini sudah mencecah usia 2 bulan dengan berat nak 7 kilogram. Redza Syah Irfhan  kini dah dibawa kemana-mana sahaja dan syukurlah, Irfhan kini sihat walafiat sahaja.  -instagram.com/RedzaSyahAzmeer 


Gambar Majlis Kesyukuran ke-2 Anak Irma Hasmie

Rabu, 15 Mei 2013

Sudah seusia sebulan setengah, Redza Syah Irfhan anak kepada Irma Hasmie dan Redza Syah yang telah mengadakan majlis kesyukuran kali ke-2, sebelumnya kali pertama adalah majlis akikah pada awal bulan April, seminggu selepas kelahiran Redza.

Kali ini, majlis kesyukuran dibuat di rumah ibu kepada Redza dekat Ampang. -gambar HarianIslam









Gambar anak Irma, Redza Seusia Sebulan

Jumaat, 3 Mei 2013


Perkembangan anak Irma setelah hampir sebulan melahirkannya, kini Redza Syah Irfhan semakin membesar. Dan sudah menjadi kebiasaan bayi normal membesar mengikut usianya.

Ayahnya, Redza Syah Azmeer tidak putus-putus untuk memuatnaik gambar anak kesayangan mereka itu ke dalam laman sosial Instagram sebagai tatapan untuk peminat Irma Hasmie dan Redza sendiri. instagram.com/RedzaSyahAzmeer






Gambar Akikah Anak Irma Hasmie, Redza

Sabtu, 6 April 2013

Pada hari Khamis, 4/4/2013 yakni bersamaan pada malam Jumaatnya, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah telah melangsungkan majlis akikah dan cukur jambul anak sulung mereka, Redza Syah Irfhan.

Majlis berlangsung di kediaman Irma dengan dihadiri oleh rakan baik seusrah Irma, Yatt Hamzah dan Diana Amir.

Kenapa cepat melangsungkan majlis akikah? begini difahamkan, Irma dan suami mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dimana dalam tempoh 7 hari selepas kelahiran. -gambar Facebook Moment Effects Photography and Design.

Video Kelahiran Anak Sulung Irma Hasmie

Rabu, 3 April 2013


Irma Hasmie yang selamat melahirkan anak sulungnya disamping dengan suaminya, Redza Syah Azmeer pada 29 Mac jam 9 pagi yang lalu dengan diberi nama Redza Syah Irfhan kini telah diabadikan dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh di laman sosial YouTube.

Video yang berdurasi sekitar 30 saat itu adalah hasil kerjaya sebuah syarikat video editing tempatan, Awan Studio Malaysia, yang boleh dikatakan sudah menjadi trend nak rakam video sama seperti majlis perkahwinan. Takpelakan, mungkin dah sangat teruja nak menimang anak sulung, mestilah dikenakan dengan sebuah kenangan.