Hans, Fouziah Kehilangan Orang Tua

Pada: Selasa, 14 Ogos 2012
Salam takziah kepada kedua-dua selebriti yang kehilangan ibu dan bapa masing-masing. Yang pertama sekali adalah ayahanda kepada Fouziah Gous, Mohd Gous yang berusia 76 tahun yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu lalu. Arwah ayah Fouziah dikhabarkan oleh sumber menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Manakala penerbit terkenal, Hans Isaac telah kehilangan ibundanya, Carmina Anciano pada hari pagi semalam. Menurut sumber kematian mendiang adalah disebabkan melawan penyakit kanser tahap ke-4 yang sangat kritikal. Ini disahkan sendiri melalui Hans melalui laman sosial Twitternya.

Tag : , , , , , , ,