Selain itu Nur Haniza telah memfailkan saman di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur setelah setahun kes inseden berkenaan berlalu. Jumlah tuntutan saman berkenaan berjumlah RM200,194 yang merangkumi pelbagai aspek ganti rugi.
Menurut cerita Nur Haniza di Bernama pula, ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Hafiz AF bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. Tindakan Hafiz AF itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan juga Hafiz AF tidak membantunya. Nur Haniza telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Hafiz AF memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Hafiz AF menafikan ada mencederakannya.
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Hafiz AF7 , Jenayah , Mahkamah , Saman

