Sasha Elite sah cerai talak satu!

Pada: Rabu, 11 Julai 2012
Kahwin cerai kahwin cerai. Itulah yang menimpa bekas penyanyi kumpulan Elite, Shasha yang sah bercerai dengan suaminya yang ke-2, Salyo Priyanto, dan mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 3 tahun. Dalam kes perceraian kali ini, Sasha enggan memberitahu media apa sebab utama pergolakkan sehinggakan mereka bercerai secara aman damai semalam. Dan dibawah adalah berita yang dipetik melalui mStar..

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, selepas kedua-kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang (10/7) dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Tag : , , , ,