Pada:
Khamis, 26 Julai 2012


"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.
"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum,"
"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.
"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.
"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," kata Johan. -Via
Tag : Amy Search , Cinta , Gossip Artis , Johan Asari , Kekasih Artis , Nabila Huda , Penyanyi , Twitter