Akma AF selamat diijab kabulkan

Pada: Isnin, 2 Julai 2012
Sudah kita menyaksikan dan melihat gambar perkahwinan Irma Hasmie dua tiga hari lalu, kini dilampirkan beberapa keping gambar kepada peminat Akademi Fantasia terutamanya pelajarnya, Akma AF atau nama IC-nya Asiahtunakma Abdullah selamat diijabkabulkan dengan Farih Hamshi. Mengikut laman mStar, majlis nikah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur hari Sabtu yang lalu.

Selain itu, pihak Akma menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki disamping menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang. Tahniah diucapkan keapda pengantin.

Tag : , , , , ,