Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Akma AF3 selamat melahirkan anak ke-2 (gambar)

Khamis, 22 Oktober 2015

Asiahtunakma Abdullah atau Akma AF3 telah dikhabarkan selamat melahirkan anak keduanya pada Selasa memetik portal Bharian.

Akma selamat bersalin secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court kira-kira jam 2 petang. Bayi berjantina lelaki itu dilahirkan sihat dengan berat 2.23kg.

Buat masa ini mereka belum meletakkan nama lagi, namun meminta seorang ustaz untuk mencari nama sesuai bagi anak mereka.

Anak pertama pasangan ini bernama Awatif Husna Hamshi berusia 2 tahun.

5 Gambar Anak Akma AF3

Isnin, 9 Disember 2013

Pada bulan Julai yang lalu, Akma Abdullah AF3 selamat melahirkan anaknya yang berjantina perempuan. Namanya sepertinya berbunyi Awatif Husna Hamshi.

Kini usianya dah nak masuk 5 bulan. Kelihatan memang comel dan berisi anaknya ini. Gambar-gambar ini diambil pada bulan Disember ini. Jom layan.

Tahniah! Akma Selamat Bersalin Anak Perempuan

Jumaat, 19 Julai 2013

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3, Akma yang selamat melahirkan anak sulung dengan suaminya, Farih Hamshi pada tanggal 16 Julai yang lalu kira-kira 11 malam.

Bayi yang selamat dilahirkan itu adalah berjantina perempuan. Namun namanya masih lagi belum diketahui. -Instagram Akma AF

Gambar Akma AF Mengandung

Rabu, 17 April 2013

Dah membesar dah perut kehamilan kandungan penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3, Akma AF. Akma yang berkahwin pada Julai 2012 yang lalu dengan Farih, dan kini mengandung anak sulung mereka berdua. Usia kandungannya kini berusia 6 bulan, dan hanya sekeping foto yang sempat dimuatnaik olehnya. Tahniah. -gambar IG Akma




Akma AF selamat diijab kabulkan

Isnin, 2 Julai 2012

Sudah kita menyaksikan dan melihat gambar perkahwinan Irma Hasmie dua tiga hari lalu, kini dilampirkan beberapa keping gambar kepada peminat Akademi Fantasia terutamanya pelajarnya, Akma AF atau nama IC-nya Asiahtunakma Abdullah selamat diijabkabulkan dengan Farih Hamshi. Mengikut laman mStar, majlis nikah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur hari Sabtu yang lalu.

Selain itu, pihak Akma menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki disamping menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang. Tahniah diucapkan keapda pengantin.

Gambar Pertunangan Akma AF, Farih

Rabu, 9 Mei 2012

Tahniah kepada penyanyi AF, Akma AF kerana selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Farih Hamshi bin Dato’ Mohamad Fatmi, di rumah keluarganya di Petaling Jaya, Selangor pada petang 6 Mei 2012. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 nanti di Dewan Belia Antarabangsa, Cheras dan majlis persandingan pada tengaharinya.

Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -via

gambar MediaMalaya

Akma AF3 bakal bertunang dengan Farih

Sabtu, 17 Mac 2012

Memetik daripada sumber asal, Murai, yang Akma AF3 bakal bertunang dengan seorang pegawai ekskutif Petronas beranam Farih Hamshi. Umur mereka hanya dibezakan setahun tua daripada Akma. Episod percintaan mereka berdua dalam masa 5 tahun cukup mencabar dan pertemuan mereka telah membuatkan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang.

Akma dirisik pada 3 Mac yang lalu
"Insya-Allah, mengikut perancangan, saya akan bertunang dengan Farih pada 6 Mei depan. Saya mula mengenali dia, selepas saya habis program AF3. Kawan saya yang memperkenalkan saya dengannya,

"Sebenarnya saya juga tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya. Dalam masa lima tahun, kami tidak berjumpa sehinggalah awal tahun 2011 kami berjumpa semula. Setelah bertemu semula, alhamdulillah kami mengambil keputusan untuk bertunang," jelasnya. -Via

Gambar Akma AF3 bertudung

Khamis, 15 Disember 2011

Penyanyi dan pelakon yang dicungkil daripada program AF3, Akma lebih selektif dan menjaga batas sejak bertudung pada 13 Syawal lalu. Akma kini mula bertudung dan kelihatan pada Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di AEON AU2, Setiawangsa baru-baru ini.

“Selain menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam, saya juga lebih selesa berpakaian sebegitu kerana rasa lebih tenang. Alhamdulillah kerana Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan. -via

Lagi Artis Bertudung, Akma AF3 dan Zura!

Selasa, 1 November 2011

Masih kenal dengan Akma AF3 atau Asiahtunakma Abdullah? kini dia dah start bertudung dah. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kita harus berbangga dengan artis-artis yang mula bertudung ni. Mungkin tahun ni sahaja ramai artis yang dah mula bertudung. Tapi ada juga yang masih tak mahu mengikut perintah Allah. Selain Akma, ada juga bestfriend dia yang ikut sekali bertudung, pembaca berita TV9, Norazura Abu Samah.

[gambar Via]